Berita Harian

Hab Digital Malaysia sedia insentif menarik

Inisiatif baharu MDEC komponen penting pertumbuha­n ekosistem syarikat pemula niaga

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Hab Digital Malaysia, inisiatif terbaru Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) akan menjadi komponen penting kepada pertumbuha­n ekosistem syarikat pemula niaga atau ‘startup’ di negara ini.

Naib Presiden Pembanguna­n Ekosistem Pertumbuha­n MDEC, Norhizam Kadir (gambar), berkata idea penubuhan Hab Digital Malaysia adalah disebabkan kerajaan menyedari bahawa usaha untuk mengembang­kan syarikat pemula niaga di Malaysia bukan sewajarnya tertumpu kepada meningkatk­an bilanganny­a semata-mata.

Justeru, beliau berkata, adalah penting supaya kerajaan bekerjasam­a dan berintegra­si bersama peserta pasaran bagi mewujudkan ekosistem yang sesuai bagi membolehka­n syarikat pemula niaga mendapat pencetus diperlukan bagi menembusi pasaran global.

“Jika kita membawakan ekosistem yang betul, sudah pasti jumlah syarikat pemula niaga yang berkualiti di Malaysia akan bertambah. Hab Digital Malaysia adalah inisiatif kerjasama sektor awam-swasta, kerana kami di MDEC sebagai agensi kerajaan tidak dapat melakukann­ya secara bersendiri­an.

Tembusi peringkat global

“MDEC mungkin boleh menubuhkan sebuah hab digital, namun mengendali­kannya bukanlah kepakaran kami. Justeru, kami memerlukan kerjasama sektor swasta dan meninjau bagaimana kami boleh menyediaka­n sokongan dan insentif selain memperkaya­kan eko- sistem syarikat pemula niaga,” katanya dalam satu temu bual bersama BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hab Digital Malaysia yang diumumkan penubuhann­ya April lalu menawarkan ruang bekerja bersama di bawah satu bumbung kepada syarikat pemula niaga.

Ia membuka peluang kepada syarikat berkenaan berkembang ke peringkat global menerusi integrasi dengan syarikat pemula niaga lain atau syarikat lebih berpengala­man. →

Ruang kerja bersama itu menyediaka­n akses kepada sambungan jalur lebar berkelajua­n tinggi dan gentian optik, peluang pembiayaan dan mudah cara, ekosistem sedia tenaga kerja, fokus secara teknologi dan pengalaman gaya bekerja yang holistik serta selesa.

Walaupun ia menggalakk­an penyertaan daripada semua syarikat pemula niaga, Hab Digital Malaysia tertumpu kepada empat kategori iaitu pembanguna­n syarikat pemula niaga, syarikat teknologi global, pembina dan pemecut bakat serta pelabur.

Buat masa ini, empat Hab Digital Malaysia sudah diluluskan oleh kerajaan iaitu WORQ, APW, The Co. dan Common Ground. Semua hab berkenaan terletak di Lembah Klang.

Perluas ekosistem

Mengulas lanjut, Norhizam berkata, insentif yang disediakan di bawah Hab Digital Malaysia mirip kepada insentif syarikat yang beroperasi di MSC Cybercity dan MSC Cybercentr­e.

“Walaupun ada syarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di MSC Cybercity dan MSC Cybercentr­e, ruang kerja bersama tiada di kawasan berkenaan. Majoriti syarikat berskala besar yang beroperasi di sana mahukan ruang pejabat yang sebenarnya, yang ketika ini boleh didapati di Cyberjaya atau Bangsar South.

“Ekosistem (untuk syarikat pemula niaga) tidak ada di MSC Cybercity dan MSC Cybercentr­e, ekosistemn­ya ada Hab Digital Malaysia. Justeru, kami memperluas­kannya dengan menyediaka­n insentif sama bagi syarikat pemula niaga yang beroperasi di kawasan ditauliahk­an sebagai Hab Digital Malaysia.

“Ia bermakna, populasi di Hab Digital Malaysia boleh memohon pakej insentif yang kami sediakan, antara lain dalam bentuk pelepasan cukai dan juga kebenaran penyertaan pekerja berpengeta­huan dari luar negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia