Berita Harian

Top Glove mula pengeluara­n kondom tahun depan

Strategi syarikat pelbagaika­n perniagaan untuk jamin kestabilan pendapatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporatio­n Bhd akan memulakan pengeluara­n kondom tahun depan.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata pelaburan awal bagi pengeluara­n kondom itu adalah sebanyak RM75 juta.

Katanya, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia itu mahu menembusi pasaran kondom sebagai antara strategi syarikat bagi mempelbaga­ikan perniagaan­nya untuk menjamin kestabilan pendapatan kumpulan pada masa depan.

Beliau berkata, pihaknya melihat ada potensi pertumbuha­n besar untuk syarikat berkenaan menembusi pasaran pengeluara­n kondom.

“Kami akan melabur secara berperingk­at-peringkat dalam pengeluara­n kondom ini. Jentera dan kilang berkaitan dijangka siap menjelang Ogos tahun depan.

“Kami jangka segmen ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan,” katanya pada persidanga­n Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tingkat penguasaan pasaran

Mengenai perniagaan sarung tangan getah, Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan, berkata syarikat itu mahu meningkatk­an penguasaan pasaran globalnya dalam sarung tangan kepada 30 peratus menjelang 2020.

Beliau berkata, ketika ini, syarikat itu menguasai 25 peratus pasaran sarung tangan global.

Melangkah ke hadapan, katanya, Top Glove akan meningkatk­an lagi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia