Berita Harian

Airasia tawar diskaun sehingga 45 peratus

-

Airasia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Beli Lebih, Jimat Lebih’.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu berkata, diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendiri­an (15 peratus).

Laluan promosi

“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendiri­an, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkuranga­n,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia, Siegtraund Teh.

Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Bei- jing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbanga­n Airasia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirap­palli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi dan penerbanga­n Airasia yang lain.

Tawaran itu juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbanga­n seperti Kuala LumpurSiha­noukville, Langkawi-shenzen dan Langkawi-kuching, yang akan bermula 9 Ogos 2017.

Promosi berkenaan yang boleh didapati di laman web Airasia dan mobile app, bermula esok sehingga 6 Ogos 2017 bagi perjalanan antara 26 Februari dan 28 Ogos 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia