Berita Harian

HP lancar rangkaian produk OMEN

-

HP PPS Sales Sdn Bhd melancarka­n barisan produk OMEN by HP, jenama perkakasan komputer berkuasa tinggi yang mampu memberikan kepuasan kepada penggemar permainan komputer.

Sebanyak tiga produk OMEN by HP diperkenal­kan, iaitu OMEN by HP Desktop yang dikuasakan cip berkembar grafik berprestas­i tinggi NVIDIA Geforce GTX 1080 Ti (SLI) atau cip Radeon berkembar RX580.

Manakala dua produk lagi adalah laptop OMEN by HP dengan pilihan skrin berukuran 15 inci dan 17 inci.

Pengarah Urusannya, Kym Lim, berkata pelancaran perkakasan komputer berkapasit­i tinggi itu menandakan pencapaian besar gergasi elektronik itu dalam permainan perkompute­ran mengikut standard global.

“Barisan baharu yang dibangunka­n semula ini mampu menjadi platform yang dipercayai bagi penggemar permainan komputer kerana ia direka untuk menepati sepenuhnya pengalaman bertaraf dunia.

“Kini adalah masanya untuk kami meraih pencapaian memberangs­angkan dalam permainan komputer, maka bersama-sama EGG Network, kami akan menyokong industri e-sukan tempatan menerusi Pertanding­an OMEN by HP DOTA 2,” katanya pada majlis pelancaran­nya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Laptop OMEN by HP 15, menggunaka­n pemproses Intel Core I7-7700HQ dengan grafik bersepadu NVIDIA Geforce GTX 1050; manakala bagi Laptop OMEN by HP 17 pula dikuasakan Intel Core I7-7700HQ dengan grafik bersepadu NVIDIA Geforce GTX 1070.

Manakala OMEN by HP Desktop pula dibangunka­n dengan sistem operasi Windows 10 Home dengan memori standard 16GB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia