Berita Harian

Atasi kedut sekitar kawasan mata, bibir

-

Kulit menjadi cepat tua atas desakan tiga faktor iaitu genetik, persekitar­an dan tingkah laku. Namun di antara semua, tingkah laku mendominas­i penuaan, sekali gus punca utama kulit cepat berkedut, hilang keanjalan, kusam selain mengalami penghidara­tan.

Pengarah Urusan Serantau, Sisley, Nicolas Chesnier berkata, baik ketika stres mahupun perasaan teruja, kedua-duanya menyumbang kepada pembentuka­n kedutan dan garis halus. Sejajar peningkata­n usia, kulit mengalami penuaan akibat kekurangan kolagen, keanjalan selain mula kehilangan benteng pertahanan.

Nicolas berkata, kemunculan krim mata dan bibir, Sisleya L’integral Anti

Age, menerusi rumusan eksklusif dan memberi tumpuan khas kawasan kontur mata, dapat membantu menentang kedutan, lingkaran hitam serta bengkak bawah mata.

"Produk kecantikan berasal dari Perancis ini juga mampu melawan dehidrasi di sekitar kawasan kontur bibir, sekali gus mengurangk­an garis halus dan kedutan, katanya.

Bibir, mata paling sensitif

Merujuk lebih daripada 40 penyelidik­an dilakukan Sisley, kulit di sekitar mata dan bibir dikenal pasti sangat nipis iaitu kira-kira 0.3 milimeter, sekali gus menjadikan­nya paling sensitif dan mengalami penuaan.

Lebih membimbang­kan, kata Chesnier, mata terdedah kepada ancaman ptosis yang berkait rapat dengan masalah otot lemah di bahagian mata hingga menyebabka­n kelopak mata jatuh.

Katanya, gabungan ekstrak Acacia Parsi, ekstrak Lindera dan kompleks protein soya serta ragi dalam produk berkenaan, dipercayai bukan saja memperbaik­i ton kulit bahkan mengurangk­an kedut di kawasan kontur mata dan bibir.

“Formulasi yang dipertingk­atkan menerusi esktrak biji oat yang diketahui sebagai agen menegangka­n kulit, khusus mengusir kedutan halus untuk penampilan kelopak mata licin dan tegang,” katanya.

Tangani lingkaran hitam dan biru mata

Beliau berkata, melalui kajian dan penyelidik­an dijalankan sejak 17 tahun lalu, penemuan tiga bahan aktif berasaskan tumbuhan iaitu ekstrak atlas cedar, ekstark delima yang menjalani penapaian dan ekstrak buah markisa membentuk kombinasi unik bagi inovatif menghapusk­an lingkaran gelap hitam dan biru di sekitar mata.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI /BH ] ?? Demonstras­i urutan mata pada pelancaran krim penjagaan mata Sisleya L' Integral.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI /BH ] Demonstras­i urutan mata pada pelancaran krim penjagaan mata Sisleya L' Integral.
 ??  ??
 ??  ?? Krim penjagaan mata Sisleya L' Integral yang akan berada di pasaran.
Krim penjagaan mata Sisleya L' Integral yang akan berada di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia