Berita Harian

Ambil berat kebersihan kaki

Penjagaan sempurna elak bakteria punca bau busuk

-

Celah kaki antara bahagian yang jarang untuk kita terokai dalam penggunaan produk kecantikan.

Bagaimanap­un, bahagian ini perlu dipelihara kerana ia berupaya menyimpan daki dan bakteria yang menghasilk­an bau busuk apatah lagi kita menyarungk­an kasut lebih daripada lapan jam sehari.

Hakikatnya, kesempurna­an penampilan seseorang bukan saja dilihat daripada kecantikan kulit wajah, rambut, cara berpakaian tetapi juga bahagian kaki.

Jika kaki berbau, pastinya ia membawa imej kurang disenangi pada orang sekeliling.

Jangan biar kaki lembap

Namun, kaki berbau bukan saja disebabkan peluh tetapi juga beberapa faktor lain. Kebiasaann­ya, situasi itu berlaku kerana keadaan kaki yang dibiarkan lembap dan terus menyarungk­an kasut.

Ada segelintir individu mempunyai kulit kaki sensitif dan lembap sepanjang masa kerana sistem perpeluhan yang aktif. Biasanya, pada peringkat awal, masalah kaki dan celah kaki berbau menyebabka­n kegatalan sebelum menjadi lebih teruk apabila dijangkiti kulat dan berair terutama di celah jari.

Kajian perubatan mendapati, lebih banyak kelenjar peluh di bahagian kaki berbanding anggota badan yang lain. Ini menerangka­n siapa sahaja akan mengalami kaki berpeluh tidak kira di mana dan bila-bila masa.

Seseorang itu juga cenderung mengalami kaki berpeluh jika kerap berdiri sepanjang hari, berdepan tekanan di pejabat atau mengalami masalah kesihatan yang dipanggil ‘hiperhidro­sis’ iaitu keadaan berpeluh secara luar biasa

AURA memberi beberapa panduan, kaedah menjaga kaki supaya bersih dan tidak berbau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia