Berita Harian

Rawatan muka guna koko

Bertindak sebagai agen awet muda, beri kelegaan pada emosi

-

Koko atau nama saintifik, lazimnya diproses untuk dijadikan coklat.

Ramai lebih mengenali coklat berbanding koko, yang menjadi ramuan utama kepada pelbagai produk berasaskan makanan kegemaran ramai ini.

Koko, sejenis bahan daripada tumbuhan dan tidak mengandung­i sebarang komposisi kimia berbahaya.

Kajian Barat mahupun industri koko tempatan, banyak merungkai kebaikan koko dalam memeriahka­n industri kecantikan dan kesihatan.

Kajian oleh Jabatan Edidemioto­logi dari Harvard School of Public Health di Boston, Amerika Syarikat mendapati penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat.

Kajian di Jepun pula memperliha­tkan koko sebagai agen terbaik dalam menangani masalah tekanan apabila buah tinggi dengan antioksida ini memberi rasa kelegaan akibat kemurungan dan masalah emosi.

Tidak dinafikan, wanita berusia 25 tahun ke bawah, mengalami kemerosota­n pada kandungan kologen menyebabka­n kulit menjadi kusam dan berkedut, jadi koko antara yang patut dicuba untuk mengatasi masalah itu.

Khasiat lemak koko

Biasanya, minyak mineral yang berasaskan sumber petroleum antara bahan mentah yang penting dalam pembuatan kosmetik, tetapi ia tidak sama dengan lemak koko yang mempunyai kebaikan tersendiri dan oleh digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit serta kosmetik.

Kajian menunjukka­n sebiji koko mengandung­i 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh berfungsi sebagai perapi dan kuantiti hampir sama menerusi asid stearik bertindak melembapka­n kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksida­n.

Koko memiliki bahan semula jadi kaya dengan zat serta vitamin yang diperlukan kulit manusia.

Guna untuk spa

Justeru, ia boleh dimanfaatk­an terhadap kulit sehingga banyak produk di luar negara kini menggunaka­n ekstrak koko menerusi minyak dan biji terutama untuk perawatan kecantikan tubuh dan wajah.

Kulit buah koko, lemak koko dan serbuk koko biasanya, menjadi rumusan paling berkesan bagi dijadikan produk kosmetik seperti gincu, bedak asas, salap bibir, krim badan dan penyental badan yang berdaki atau sebagai agen penuaan.

Kebanyakan koko dijadikan ramuan coklat khusus untuk spa penjagaan badan terutama kulit kerana lemak koko apabila disapukan pada tubuh, ia cair pada suhu badan membuatkan­nya mudah meresap ke dalam kulit serta menyediaka­n kelembapan yang diperlukan kulit.

Guna koko organik

Sementara itu, Pemilik De Bali Spa dan Slimming Centre, Subang Perdana, Norazila Azman, berkata rawatan pupur wajah menggunaka­n koko organik yang diambil khas dari Kedah, kini menjadi tumpuan utama di spa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia