Berita Harian

Biasiswa jenama penjagaan diri pencetus inspirasi

-

Jenama produk penjagaan diri, Fair & Lovely memperuntu­kkan biasiswa berjumlah RM200,000 kepada 40 mahasiswi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, yang melanjutka­n pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Program yang memasuki tahun kedua itu, sekali gus memperkasa­kan komitmen Fair & Lovely untuk mengu bah dan memberi inspirasi kepada kehidupan wanita menerusi pendidikan, kecantikan serta keyakinan diri.

Pengurus Jenama

Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Callista Fernandez, berkata komitmen jenama itu bermatlama­t, memperkasa­kan kekuatan dalaman dan keyakinan diri, malah kekal menawan dengan kecantikan serta cerah berseri.

Beliau berkata, program biasiswa itu perspektif meluas, memberi peluang sebenar kepada wanita muda menggapai citacita selain mengatasi halangan kewa ngan yang memendamka­n semangat mereka belajar.

“Tahun ini, kami menerima peningkata­n sebanyak 50 peratus iaitu 12,044 permohonan daripada 23 IPTA berbanding 8,000 permohonan, tahun lalu.

“Sebagai jenama yang menerajui aspek kecantikan dan keyakinan untuk golongan wanita, kami mengambil berat mengenai citacita serta peluang pendidikan supaya wanita dapat melanjutka­n pengajian tanpa raguragu,” katanya.

Impian jadi kenyataan

Pada majlis penyampaia­n biasiswa itu, 40 wanita muda menerima RM5,000 seorang sebagai pembiayaan bagi menampung keperluan mereka dalam yuran pengajian dan pembelian buku sepanjang pengajian mereka.

Penerima biasiswa berkenaan dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang mendapat CGPA minimum 3.0 selain aktif dalam aktiviti kokurikulu­m.

“Selain membantu membiayai pengajian, Fair & Lovely juga memberikan pendidikan penjagaan kulit dan keterampil­an diri yang menjadi elemen penting dalam mencapai kejayaan serta keupayaan diri.

“Kami mahu membawa wanita muda ini ke peringkat yang lebih tinggi dan percaya bahawa impian boleh menjadi kenyataan apabila kita mula percaya kepada diri sendiri,” katanya.

Pendidikan penting

Pada majlis itu, duta jenama Fair & Lovely, Daiyan Trisha berkongsi pandangann­ya, bagaimana pendidikan penting untuk mencapai citacita.

“Pendidikan sememangny­a menjadi elemen penting kepada wanita kerana ia langkah pertama untuk memenuhi impian seseorang itu. Meskipun berdepan jadual sibuk dalam menjalani kehidupan di universiti dan kerjaya nyanyian, saya sentiasa mengingatk­an diri bahawa hanya dengan pendidikan sahajalah mampu membuka minda saya dari segi pengetahua­n untuk digunakan dalam

 ??  ?? Duta Fair & Lovely, Daiyan Trisha (depan) bersama 40 penerima Biasiswa Fair & Lovely 2017 di Aloft, KL Sentral.
Duta Fair & Lovely, Daiyan Trisha (depan) bersama 40 penerima Biasiswa Fair & Lovely 2017 di Aloft, KL Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia