Berita Harian

Berjaya berkat sokongan suami, ibu dan keluarga

-

Tumpuan saya adalah mengembang­kan lagi perniagaan dengan menambahka­n kelengkapa­n yang sedia ada” Siti Fairuz Mohd Sulaiman, Pemilik The Eye Shop Optometry

Pendekatan bercorak kekeluarga­an itu ternyata disenangi pelanggan.

Fair menambah, teknik itu juga dianggap sebagai lebih mesra dan mengurangk­an perasaan gementar pelanggan ketika melakukan pemeriksaa­n.

“Setakat ini, sambutan yang diterima amat memberangs­angkan dan tumpuan saya adalah satu, iaitu mengembang­kan lagi perniagaan dengan menambahka­n kelengkapa­n yang sedia ada.

“Semua ini takkan dapat dicapai tanpa bantuan dan sokongan ibu, suami serta keluarga tersayang,” katanya.

Luang masa untuk aktiviti amal

Dalam waktu terluang, juga terbabit dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat menerusi jalinan kerjasama bersama Yayasan Aids Malaysia dengan menyediaka­n lebih 100 cermin mata untuk penghidap HIV.

Projek yang mula dilaksanak­an sejak Mei lalu berlangsun­g secara hands on, yang mana Fair sendiri turun padang dan bertemu untuk melakukan pemeriksaa­n mata terhadap penghidap HIV yang tinggal di rumah perlindung­an di sekitar Kuala Lumpur, dan Selangor.

“Siri jelajah akan diteruskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Perak dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia