Berita Harian

Singkir sifat vandalisme

-

Perbuatan merosakkan harta benda awam, menconteng, membuang sampah dan mengotorka­n sesebuah kawasan umum adalah antara perbuatan vandalisme yang boleh dikaitkan dengan sikap individu kelas tiga.

Laporan berita mengenai vandalisme kemudahan Transit Aliran Massa

(MRT) dari Sungai Buluh ke Kajang menimbulka­n kemarahan netizan.

Sikap segelintir individu yang masih berada di tahap minda kelas ketiga menyebabka­n pelbagai kemudahan yang disediakan rosak tidak sampai seminggu selepas ia dilancarka­n.

Mentaliti belum berubah

Di saat sistem pengangkut­an kita semakin maju dan setanding dengan negara luar, mentaliti yang masih belum berubah bukan sahaja akan menimbulka­n kesulitan malah tidak mustahil akan berlarutan.

Hakikatnya bukan sahaja berlaku di MRT tetapi juga kemudahan awam lain dan taman awam yang menjadi tempat riadah. Ia bukan isu baharu. Kebiasaann­ya, ia dikaitkan dengan orang muda atau remaja nakal.

Namun, vandalisme seolaholah tidak dilakukan remaja nakal saja.

Segelintir orang dewasa juga turut melakukan perbuatan tidak bertanggun­gjawab ini.

Bagaimanak­ah caranya untuk mengubah mentaliti kelas ketiga ini?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia