Berita Harian

Madison Beer cinta baharu Brooklyn Beckham

-

Dalam diam, sebenarnya sejak Jun lalu Brooklyn Beckham intim dengan penyanyi berusia 18 tahun, Madison Beer, yang juga protege Justin Bieber.

Nyata, anak sulung kepada pasangan popular, David dan Victoria Beckham itu tidak menunggu lama untuk mengisi kekosongan hati sebaik saja berpisah dengan pelakon, Chloe Grace Moretz, 20.

Difahamkan, percintaan mereka mendapat lampu hijau keluarga selepas kedua-duanya dilihat menikmati makan malam bersama ibu Brooklyn, 18, di West Hollywood, Los Angeles, baru-baru ini.

Dikesan paparazi

Pasangan muda yang hangat dibuai cinta itu juga lebih terbuka menunjukka­n kemesraan apabila saling berkucupan ketika membeli-belah di lokasi yang dipenuhi orang ramai.

Sebelum itu, kelibat mereka mengadakan temu janji buat kali pertama dapat dikesan paparazi, sekitar bulan lalu, selepas penyanyi terbabit juga baru berpisah dengan kekasihnya, Jack Gilinksky.

Menerusi akaun Instagram yang diikuti 9.6 juta pengikut, Madison, yang digelar bekas kekasihnya sebagai pelacur, memuat naik status mengenai penderaan emosi yang dilaluinya. Dia juga berharap gadis lain bertindak pantas bagi mengelakka­n diri ditindas.

Madison raih perhatian bermula 2012

Selepas itu, Gilinsky memberitah­u, kenyataan berkenaan sudah dikeluarka­n lama dulu sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi kelahiran Long Island itu.

Menyingkap sejarah pembabitan Madison di arena seni suara, bakatnya mula menjadi perhatian sekitar 2012 selepas Justin Bieber berkongsi klip videonya buat tatapan 25 juta pengikut beliau.

Sudah pasti pujian penghibur muda tersohor itu mengubah hidup Madison serta-merta sebaik klip berkenaan menjadi viral, disusuli tawaran syarikat dinaungi Justin sendiri, Island.

Sementara itu, hubungan cinta Brooklyn dan Chloe berakhir pada penghujung 2016. Mereka dikatakan tidak mungkin berbaik semula biarpun desas-desus bertebaran sebelum ini menyatakan perpisahan berkenaan berlaku hanya disebabkan jarak yang memisahkan kedua-duanya.

 ??  ?? Brooklyn Beckham dan Madison Beer.
Brooklyn Beckham dan Madison Beer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia