Berita Harian

Bieber minta maaf batal konsert jelajah di Asia

-

Berita pembatalan konsert bergerak Justin Bieber, Purpose World Tour, yang diumumkan pihak pengurusan artis itu, Isnin lalu, membuatkan peminat di rantau ini dihambat kekecewaan.

Menyedari kesedihan ramai, terutama peminat di Jepun, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Indonesia, penyanyi terbabit serta pengurusan­nya berkongsi mesej khas di laman sosial.

“Saya mohon maaf kepada mereka yang kecewa dan rasa dikhianati. Saya sayangkan anda semua. Semoga hari anda semua diberkati,” katanya menerusi sebuah video yang dirakamkan di Los Angeles

Keletihan melampau

Terdahulu, menurut pengurusny­a, Bieber berada dalam keadaan keletihan melampau dan tertekan selepas 18 bulan memenuhi jadual konsert terbabit di enam benua.

“Saya terpaksa berehat selepas hampir dua tahun bekerja dan terbang ke seluruh dunia tanpa henti. Mungkin saya mahu menghabisk­an masa bermain basikal,” katanya ketika ditanya sekumpulan media.

Di sebalik situasi berkenaan, Madonna bermacam-macam versi timbul rentetan pengumuman terbabit apabila ada sumber mendakwa, Bieber kini mahu menumpukan perhatian terhadap isu kerohanian.

Tak mampu hadapi tekanan

Ketika kunjungann­ya ke Sydney, Australia, beberapa minggu lalu, beliau dikatakan teruja menyertai lawatan ke sebuah pusat keagamaan, sekali gus merancang membuka pusat sendiri di Los Angeles.

Satu sumber lain pula mendakwa, pembatalan konsert yang sudah diperincik­an itu disebabkan isu mental apabila Bieber sendiri tidak mampu berhadapan tekanan.

Malah, situasi dilaluinya bukan yang pertama apabila ramai penyanyi lain turut dilihat berdepan masalah kesihatan selepas terlalu lama menjayakan persembaha­n jelajah.

Antara paling teruk melalui tekanan ialah bekas kekasih Bieber sendiri, Selena Gomez. Gadis itu terpaksa bercuti disebabkan masalah lupus, manakala suami Kim Kardashian, Kanye West, dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia