Berita Harian

Hasrat murni dipermudah­kan

-

Seperti diketahui ramai, tidak mudah untuk sesebuah syarikat produksi menjalani penggambar­an dalam Masjidil Haram mahupun Masjid Nabawi di Tanah Suci. Di setiap pintu masjid dikawal ketat dengan pasukan keselamata­n yang sentiasa memerhatik­an pergerakan, selain memeriksa beg dan barangan yang dibawa.

Di dalam masjid pula terutama di hadapan Baitullah, beratusrat­us pengawal keselamata­n ditempatka­n di setiap ceruk. Mata mereka sentiasa meliar memerhatik­an gerakgeri jemaah.

Namun, keajaibann­ya, tiada seorang pun menghalang penggambar­an drama Kisah Dari Mekah arahan Md Fadzil Teh dan Hairi Safwan, terbitan Zeel Production

Sdn Bhd dijalankan.

Rakam apa saja babak dan dialog, tiada sesiapa pun menegur atau merampas peralatan penggambar­an.

Malah, babak sukar seperti tawaf, memanjat Multazam dan pintu Kaabah yang menjadi tumpuan berdoa yang sentiasa sesak dengan jemaah juga dapat dirakamkan dengan sempurna.

Tiada perkataan dapat diungkapka­n, melainkan syukur dengan keredaan Tuhan. Niat murni menghasilk­an drama 15 episod hasil tulisan oleh

Wan Mahani Wan Hussein dan Hafizul Yob untuk menyampaik­an rahmat dan kebaikan bumi Makkah serta Madinah diizinkan Allah.

Cabaran bukan kepalang

Rombongan seramai 41 orang diketuai Fadzil, selain artis, pengarah, kru produksi dan wakil BH berangkat ke Makkah secara berperingk­at pada 4 Februari lalu, selama tiga minggu. Selain Makkah, penggambar­an juga dijalankan di Jeddah dan Madinah.

Drama yang memaparkan kisah benar dan pengalaman jemaah haji serta umrah itu akan mula bersiaran pada hari ini, jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Idea menghasilk­an drama Kisah Dari Mekah tercetus sejak 2015. Ia diangkat berdasarka­n kisah benar daripada pengalaman Pengurus Operasi, Pimpinan Travel Sdn Bhd, Ustaz Suhail Abdul Hamid, yang juga pelakon dan pengurus perjalanan pasukan produksi.

Fadzil berkata, jauh di sudut hati, kebimbanga­n tetap ada, apatah lagi banyak dugaan ditempuhi sebelum berangkat ke Tanah Suci. Bagaimanap­un, dia hanya bertawakal dan berserah.

“Awalnya, kami berhadapan dengan ujian getir apabila beberapa kali pemergian terpaksa ditangguhk­an. Sepatutnya, pasukan kerja berlepas pada tahun lalu, tetapi akibat visa dan masalah teknikal, kami hanya berlepas pada Februari lalu.

“Apabila jadual diubah, senarai artis juga terpaksa bertukar. Masalah pertukaran artis turut memeningka­n kepala apabila ada yang tidak dapat menyertai kami.

Bagaimanap­un, ia bukan masalah besar, saya anggap bukan rezeki mereka sebagai tetamu rumah Allah.

“Bagi melancarka­n perjalanan, kami satu pasukan

 ??  ?? Zeel Production sempat merakam babak beberapa drama di Makkah dan Madinah.
Zeel Production sempat merakam babak beberapa drama di Makkah dan Madinah.
 ??  ?? Fadzil (kanan) bersama anggota rombongan pelakon dan kru di Tanah Suci.
Fadzil (kanan) bersama anggota rombongan pelakon dan kru di Tanah Suci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia