Berita Harian

Konsep dua dalam satu Strat Shoe Spa

Ridhwan buktikan Gen Y mampu bina perniagaan sendiri

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Mahu membuktika­n generasi muda juga mampu membina empayar perniagaan sendiri, Ridhwan Ramli nekad untuk membuka spa kasut yang jarang sekali diceburi oleh anak muda kita.

Baru sahaja menginjak usia 27 tahun, Ridhwan mengakui tidak betah untuk bekerja makan gaji dan lebih rela mengaut pengalaman berniaga bermula dari bawah dengan membuka Strat Shoe Spa di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Memiliki segulung ijazah dalam jurusan perniagaan dari KDU University College menjadi panduan kepada anak muda dari Subang Jaya itu untuk terus fokus menjadikan Strat Shoe Spa sebagai spa kasut terawal dikenali di rantau Asia Tenggara.

Memberikan perkhidmat­an baik pulih kasut, beg tangan dan barangan kulit nyata bukan perniagaan yang mudah untuk diketengah­kan.

Ridhwan mengakui di awal operasinya, Strat Shoe Spa sepi tanpa pengunjung, mungkin kerana ramai masih tidak sedar mengenai kewujudan perkhidmat­an spa kasut di negara ini.

“Ramai beranggapa­n kasut sudah rosak tidak boleh dibaik pulih atau memerlukan kos yang tinggi untuk diselengga­ra. Jadi, ramai yang ambil jalan mudah dengan buang sahaja kasut yang rosak dan beli baru.

“Justeru, usaha kami di Strat Shoe Spa adalah untuk beri kesedaran kepada pengguna untuk berjimat dengan membaiki kasut sedia ada,” katanya yang ditemui Nadibiz di premisnya, baru-baru ini.

Pegang prinsip, jangan ‘syok sendiri’

Mengakui kekuatan untuk menjalanka­n perniagaan tidak datang begitu sahaja, Ridhwan berkata, sokongan dan galakan keluarga menjadi tonggak utama untuknya terus maju ke depan.

Mahu perniagaan yang diusahakan­nya kekal relevan dan sentiasa menjadi pilihan di hati pelanggan, beliau mengusahak­an Strat Shoe Spa itu bersama rakan kongsi, Wan Shahril Razman, 30.

“Rakan kongsi amat penting dalam memajukan sesebuah perniagaan. Masing-masing boleh berkongsi dan bertukar ilmu dan idea supaya idea yang ada itu akan lebih berkembang dan mendapat hasil yang lebih baik.

“Saya berpegang kepada prinsip, jangan ‘syok sendiri’. Bila seorang kita tak nampak silap sendiri, bila ada rakan kongsi, kita akan sama- sama menegur bila ada salah,” katanya.

Memulakan operasi pada Februari tahun ini, Strat Shoe Spa mengenakan caj perkhidmat­an amat berpatutan bermula RM50 bagi sepasang kasut dan memerlukan tiga hingga lima hari untuk membaik pulih sepasang kasut supaya kelihatan seperti baharu.

“Kami gunakan produk yang diformulak­an kami sendiri. Namun, jika kotoran atau kerosakan kasut itu sangat teruk, kita terpaksa menggunaka­n produk import yang lebih mahal. Namun, harga servis yang dikenakan tetap sama,” katanya.

Spa kasut, dobi

Ridhwan berkata, lumrah dalam menawarkan perkhidmat­an, tidak semua hari-hari yang dilaluinya indah dan tenang sentiasa.

“Walaupun kita sudah cuba terbaik untuk baik pulih kasut pelanggan, masih ada yang mengadu tak puas hati. Apa yang kami buat, jika tak puas hati kami tidak akan caj sebarang bayaran kepada pelanggan. Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Namun, katanya, ramai pelanggan yang memuji premisnya kerana menawarkan konsep dua dalam satu di mana selain spa kasut, Strat Shoe Spa juga mena- warkan dobi pakaian dalam masa sama.

“Uniknya adalah spa kasut beroperasi sekali dengan dobi pakaian... jadi, kami dah mudahkan masa pelanggan. Boleh hantar baju dan kasut pada waktu sama. Yang pasti, tempat lain belum lagi ada konsep macam ini. Kami yang pertama di Malaysia,” katanya.

Rancang keluar produk sendiri

Walaupun hanya bermodalka­n RM20,000 termasuk ubah suai kedai dan membeli produk kimia, Ridhawan yakin jenama Strat Shoe Spa mampu dikembangk­an ke seluruh negara dan pasaran luar.

“Spa kasut seperti ini biasanya ada di negara Barat sahaja yang mana di Malaysia atau rantau Asia Tenggara memang jarang-jarang kita dengar. Jadi, saya nak bila sebut saja spa kasut, orang akan tahu Strat Shoe Spa yang menjadi pelopor kepada industri ini,” katanya.

Pada masa sama, Strat Shoe Spa merancang mengeluark­an produk kimia berasaskan bahan organik keluaran mereka sendiri dalam tempoh terdekat.

“Malah kami rancang untuk buka satu cawangan di setiap negeri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan mungkin tawarkan konsep francais kepada sesiapa yang berminat,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ridhwan turut menawarkan khidmat dobi pakaian di Strat Shoe Spa.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ridhwan turut menawarkan khidmat dobi pakaian di Strat Shoe Spa.
 ??  ??
 ??  ?? Ridhwan menunjukka­n cara proses mencuci kasut yang dihantar pelanggan.
Ridhwan menunjukka­n cara proses mencuci kasut yang dihantar pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia