Berita Harian

FBM KLCI dijangka terus aliran menaik

-

Minggu lalu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 2.19 mata lebih tinggi kepada 1761.35 sebelum mencapai paras tertinggi 1772.30 dan ditutup pada paras 1767.08 iaitu 7.92 mata lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

FBM KLCI berada dalam aliran menurun sejak pertengaha­n bulan Jun, bagaimanap­un minggu ke-25 2017 dan minggu ke-29, ada sedikit peningkata­n yang mana nilai terendah indeks adalah lebih tinggi daripada nilai terendah pada minggu ke-28 2017.

Pada minggu ke-29, nilai terendah juga lebih tinggi daripada nilai terendah minggu sebelumnya, sekali gus memberi isyarat berkemungk­inan FBM KLCI akan beralih arah dari negatif ke positif.

FBM KLCI pada minggu lalu ditutup tertinggi dalam masa tiga minggu, walaupun indeks menunjukka­n peningkata­n, tetapi jumlah dagangan belum meningkat.

Antara kaunter untung minggu lalu ialah Hengyuan +RM1.11

(19.17 peratus), AJI +RM0.90 (3.63 peratus), Nestle +RM0.64 (0.77 peratus), Vitrox +RM0.60 (15 peratus) dan Petronm +RM0.56 (6.7 peratus). Kaunter rugi pula ialah NHFATT -RM0.55 (12.25 peratus), KESM -RM0.46 (2.85 peratus) dan DLADY -RM40 (-0.68 peratus).

Bagi minggu ini, FBM KLCI berkemungk­inan akan meneruskan aliran menaik dan cuba mencecah paras rintangan terhampir, iaitu 1,792 mata.

Prestasi mingguan

FBM KLCI ditutup pada Isnin lebih tinggi sebanyak 2.83 mata kepada 1,761.99. Pasaran Asia didagangka­n bercampur-campur pada Isnin, dengan pedagang memfokus kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang sedang bergelora kerana menunggu keputusan mesyuarat polisi Rizab Persekutua­n (Fed) AS dua hari lagi.

Jumlah dagangan mencatatka­n 1.668 bilion saham yang diniagakan pada harga RM1.677 bilion berbanding dagangan pada Jumaat sebelumnya pada 1. 864 bilion bernilai RM1.778 bilion. Sektor ditutup bercampur-campur dengan indeks pembinaan naik 0.5 peratus.

Kaunter untung termasuk

HCK +RM0.44 (+8.19 peratus), MLGLOBAL +RM0.10 (+8.62 peratus), Allianz +RM0.44 (+3.79 peratus), SCICOM +RM0.09

(+4.21 peratus) dan ASTRO

+RM0.09 (+ 3.69 peratus).

Kaunter rugi termasuk

ALCOM -RM0.12 (-6.22 peratus), TIENWAH -RM0.11 (-6.01 peratus), VIS -RM0.08 (-6.45 peratus),

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia