Berita Harian

Pergerakan FBM KLCI

-

SEM -RM0.07 (-5.79 peratus) dan VERSATL -RM0.07 (-5.98 peratus).

Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi 2017 kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus.

Kaunselor Ekonomi dan Pengarah Jabatan Penyelidik­an IMF, Maurice Obstfeld, berkata ‘ada yang mantap menjaga dasar monetari untuk Malaysia... kami optimis di sini, di Malaysia.’

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu berjumlah RM125.7 juta, manakala ringgit meningkat kepada 4.2790 berbanding dolar AS. FBM KLCI naik 1.35 mata kepada 1,763.34 (+0.08 peratus).

Pasaran saham saham Asia ditutup bercampur-campur pada Selasa. Pelabur menunggu laporan pendapatan korporat. Dagangan pasaran tempatan mencatatka­n 1.678 bilion saham bernilai RM1.626 bilion berbanding dagangan hari sebelumnya 1.668 bilion bernilai RM1.677 bilion.

Sektor teknologi mengekalka­n kenaikan indeks tetapi diimbangi oleh penurunan sektor hartanah.

Kaunter untung termasuk Pentamaste­r +RM0.29 (+7.82 peratus), Vitrox +RM0.17 (+4.27 peratus), Inari +RM0.06 (+2.51 peratus), Sunway +RM0.11 (+2.65 peratus), Kerjaya +RM0.10 (+2.77 peratus) dan Karex +RM0.11 (+7.05 peratus).

Kaunter rugi termasuk HLFG -RM0.26 (-1.51 peratus), HCK -RM0.19 (-3.27 peratus), Timecom -RM0.17 (-1.75 peratus) dan

Iwcity -RM0.13 (-8.9 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu adalah RM4.0 juta, manakala ringgit menyusut nilai sedikit berbanding dolar AS kepada 4.2813.

FBM KLCI naik 2.66 mata kepada 1,766.0 (+0.15 peratus).

Saham di Asia ditutup bercampur-campur pada Rabu apabila harga minyak terus meningkat minggu itu.

Dagangan pasaran tempatan mencatatka­n 1.302 bilion saham bernilai RM1.550 bilion berbanding dagangan sebelumnya iaitu 1.678 bilion bernilai RM1.626 bilion. Sektor teknologi mendahului kenaikan indeks untuk hari kedua berturut-turut.

Kaunter untung termasuk Vitrox +RM0.35 (+ 8.43 peratus), HENGYUAN +RM0.20 (+3.26 peratus), JFTECH +RM0.10 (+5.08 peratus), MUHIBAH +RM0.15

(+ 6.0 peratus) dan TECHFAST +RM0.065 (+8.18 peratus).

Kaunter rugi termasuk LUXCHEM -RM0.13 (-5.86 peratus), SUNCON -RM0.07 (-3.3 peratus) dan RHONEMA -RM0.04 (-3.23 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu adalah RM48.1 juta dan ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS kepada 4.2847, FBM

KLCI meningkat 4.07 mata dan ditutup pada paras 1,770.07.

Kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara meningkat, seiring dengan pasaran global pada Khamis, apabila pelabur lega dengan kemungkina­n

Fed akan mengekalka­n kadar faedah yang rendah untuk tempoh yang lebih panjang daripada yang dijangkaka­n.

Jumlah dagangan diniagakan sebanyak 1.585 bilion dengan nilai saham yang diniagakan RM1.972 bilion berbanding dagangan hari sebelumnya sebanyak 1.303 bilion bernilai RM1.796 bilion.

Semua sektor meningkat kecuali sektor hartanah dan sektor perladanga­n.

Kaunter untung termasuk

JHM +RM0.20 (+7.81 peratus), Muhibah +RM0.19 (+7.17 peratus), CIMB +RM0.19 (+2.97 peratus),

HCK +RM0.18 (+3.16 peratus), Superlon +RM0.12 (+5.15 peratus), Airasia +RM0.11 (+3.5 peratus),

SEM +RM0.08 (+6.67 peratus) dan Serba +RM0.04 (+2.0 peratus).

Kaunter rugi termasuk

Kerjaya -RM0.09 (-2.44peratus), Elsoft -RM0.05 (-2.26 peratus) dan Tguan -RM0.05 (-1.4 peratus).

Malaysia kekal 5 syarikat di ‘Best Under A Billion’ Forbes Asia

Malaysia mengekalka­n senarai lima syarikat yang terbaik dalam senarai tahunan ‘Best Under A Billion’ oleh Forbes Asia.

Syarikat di bawah satu bilion menyoroti 200 syarikat yang tersenarai di pasaran saham terkemuka di rantau Asia Pasifik, dengan pendapatan tahunan Antara AS$5 juta dan AS$1 bilion.

Lima syarikat Malaysia yang dicatatkan pada senarai pada

2016 adalah Elsoft Research, Kerjaya Prospek Group, E.G. Perkhidmat­an, Pentamaste­r

Corp dan Vitrox Corp.

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih pada hari berkenaan adalah pada RM112.5 juta, manakala ringgit diniagakan pada 4.2770 berbanding dolar AS.

FBM KLCI ditutup lebih rendah 2.99 mata kepada 1,767.08. Indeks Asia ditutup kebanyakan­nya rendah pada Jumaat ekoran pelabur menerima keputusan pendapatan korporat di rantau ini.

Jumlah dagangan yang diniagakan adalah 1.643 bilion dengan saham yang diniagakan bernilai RM2.203 bilion berbanding 1.585 bilion bernilai RM1.972 bilion. Sektor yang naik adalah hartanah, teknologi, perladanga­n dan barangan industri.

Kaunter untung termasuk HENGYUAN +RM0.54 (+8.49 peratus), PETRONM +RM0.35

(+4.12 peratus), ELSOFT +RM0.21 (+2.97 peratus), CMSB +RM0.20 (+5.42 peratus), GKENT +RM0.20 (+4.7 peratus), SUPERLN

+RM0.15 (+6.12 peratus), PENTA +RM0.16 (+3.89 peratus) dan

JHM +RM0.11 (+3.99 peratus).

Kaunter rugi termasuk

UIICORP -RM0.16 (-3.77 peratus), SCGM -RM0.13 (-3.90 peratus) dan DAIBOCHI -RM0.09 (-3.99 peratus).

Statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu pada RM19.1 juta dengan ringgit menyusut 4.2813 berbanding dolar AS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia