Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak turun lebih rendah pada Jumaat namun masih menghampir­i paras lapan minggu tertinggi, disokong oleh penurunan dalam inventori Amerika Syarikat (AS) dan usaha berterusan OPEC untuk mengekang pengeluara­n.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 8 sen atau 0.2 peratus kepada AS$51.41 satu tong pada 0651 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) turun 10 sen, atau 0.2 peratus, kepada AS$48.94 satu tong.

Kedua-dua penanda aras itu meningkat ke paras tertinggi sejak 31 Mei pada sesi sebelumnya, disokong oleh rali dalam niaga hadapan minyak AS selepas sokongan awal daripada usaha terbaharu Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) untuk mengurangk­an eksport dan kejatuhan mendadak dalam inventori minyak AS.

“Harga minyak mentah terus meningkat seiring dengan tumpuan kekal pada asasnya. Pengambila­n inventori yang lebih baik daripada jangkaan minggu ini di AS terus menyokong harga,” kata bank ANZ dalam nota.

Bekalan minyak mentah AS jatuh mendadak sebanyak 7.2 juta tong pada minggu ini hingga 21 Julai berikutan aktiviti penapisan yang kukuh dan peningkata­n eksport, menurut data Pentadbira­n Maklumat Tenaga (EIA).

“Berikutan aktiviti bermusim, kami jangkakan penurunan berterusan dalam inventori minyak mentah pada Ogos dan September,” kata BMI Research.

Jeffrey Halley, penganalis­is pasaran kanan di OANDA, berkata pasaran akan menyaksika­n data mentah AS sebagai tanda memperlaha­nkan aktiviti penggerudi­an, serta potensi sekatan AS terhadap sektor minyak Venezuela.

“Kedua-dua perkembang­an itu akan menaikkan harga minyak,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penurunan inventori AS seret harga minyak turun lebih tendah pada jumaat.
[FOTO HIASAN] Penurunan inventori AS seret harga minyak turun lebih tendah pada jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia