Berita Harian

EMAS

-

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi minggu ini, mengambil kesempatan daripada kelemahan dolar AS serta seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (Comex).

Seorang peniaga berkata, harga niaga hadapan emas Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatn­ya sekiranya dolar AS kekal lemah terutama selepas Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedahnya tidak berubah.

“Pasaran menyasar data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat akan datang bagi mencari lebih banyak petunjuk mengenai langkah mengetatka­n dasar kewanganny­a.

“Data KDNK Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkaka­n akan mempercepa­tkan

pergerakan kenaikan kadar faedah seterusnya atas sokongan ekonomi lebih kukuh, meningkatk­an hasil bon dan menjadikan jongkong kurang menarik dalam pasaran,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran emas diniagakan kebanyakan­nya tinggi, seiring dengan prestasi pasaran emas di Comex.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semasa Julai 2017 meningkat 15 mata kepada RM173 segram, Ogos 2017 menokok 11 mata kepada RM173.30 segram, September 2017 naik 10 mata kepada RM173.40 tetapi Oktober 2017 susut 14 mata kepada RM172.90 segram.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 42 lot bernilai RM725,620 daripada 26 lot bernilai RM239,855 juta dalam minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat naik kepada 279 kontrak daripada 234 kontrak sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia