Berita Harian

RINGGIT

-

R30 Julai 2017

inggit dijangka diniagakan tinggi minggu depan disebabkan antara lainnya pemulihan harga komoditi, kadar faedah Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat yang tidak berubah dan ditambah dengan perkembang­an positif dalam negeri.

Naib Presiden/ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ekonomi global yang bertambah baik merangsang momentum dalam negara, menarik lebih ramai pembeli asing bagi saham tempatan dan ringgit.

“Berikutan ini, kami yakin menjelang akhir tahun, unit tempatan akan diniagakan pada paras 3.95 daripada 4.27 ketika ini,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2760/2790 berbanding dolar AS daripada 4.2820/2850 minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar AS.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1471/1514 daripada 3.1375/1410 pada Jumaat minggu sebelumnya dan susut berbanding yen kepada 3.8377/8418 daripada 3.8362/8406.

Unit tempatan itu jatuh berbanding pound British kepada 5.6187/6239 daripada 5.5692/5744 dan berkuranga­n berbanding euro kepada 5.0106/0154 daripada 4.9868/9916.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia