Berita Harian

Reman 6 suspek bunuh bayi disambung

-

Ayer Keroh: Tempoh reman enam individu termasuk sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki di dalam perigi di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin, pada 23 Julai lalu, dilanjutka­n sehingga 6 Ogos ini.

Perintah reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi jam 11 pagi semalam.

Semua enam individu berusia antara 16 hingga 30-an yang lengkap berpakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah jam 10.15 pagi.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 24 Julai lalu dan tempoh reman terhadap semua suspek tamat semalam.

BH pada 23 Julai lalu melaporkan bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati dalam perigi disyaki dibunuh ahli keluarga di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia