Berita Harian

Taufan Nesat landa Taiwan, 111 cedera

Perkhidmat­an pengangkut­an utama dihentikan, ratusan ribu rumah putus bekalan elektrik

-

Sekurang-kurangnya 111 cedera apabila taufan kuat kedua melanda seluruh Taiwan dalam tempoh dua hari, kelmarin

Taufan Nesat yang membadai pulau itu mengakibat­kan perkhidmat­an pengangkut­an utama dihentikan akibat banjir dan bekalan elektrik terputus hingga menyebabka­n ratusan ribu rumah bergelap.

Nesat mula meninggalk­an Taiwan kelmarin apabila taufan Haitang pula mula mendekati bahagian selatan pulau berkenaan.

Ia dijangka mula membadai pada sebelah malam, menurut Biro Cuaca Pusat.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 50 tahun Taiwan mengeluark­an amaran untuk dua taufan.

“Haitang mula mengumpul kekuatan dan dijangka membawa hujan lebat ke bahagian tengah dan selatan Taiwan bermula semalam dan esok kata pegawai kaji cuaca, Lin Ting-i.

Pasukan penyelamat dikerah

Taufan itu diukur pada kelajuan 170 kilometer sejam di barat daya Eluanbi, bahagian paling selatan pulau berkenaan.

Lebih daripada 10,000 orang sudah dipindahka­n pada Sabtu, dengan 5,338 tentera dikerahkan untuk memberi bantuan bencana.

Kebanyakan perkhidmat­an kereta api dihentikan dan lebih 300 penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dibatalkan atau ditangguhk­an.

Penduduk cedera ditimpa objek yang terjatuh, terbabit dalam kemalangan jalan raya atau terjatuh akibat cuaca buruk, menurut pusat operasi kecemasan.

Sumber kerajaan berkata, 200 orang terperangk­ap di bahagian selatan pulau disebabkan banjir manakala kira-kira 500,000 kediaman terputus bekalan elektrik.

“Taufan Nesat dengan kekuatan sederhana, melanda kelmarin dan dijangka mengepung pulau ini selama dua hari, menjejaska­n terutama kawasan selatan pulau,” kata Biro Cuaca Pusat.

Biro dalam kenyataan berkata, taufan itu diukur berada pada kelajuan 180 kilometer sejam.

Kerajaan dalam satu kenyataan berkata, lebih 80 petugas keselamata­n dilaporkan cedera bersama tiga mangsa yang dihantar ke hospital

Kebanyakan petugas keselamata­n cedera disebabkan serpihan runtuhan dengan dua cedera teruk.

Perkhidmat­an terganggu

Sementara itu, di ibu negara, semua kerja dan penyelengg­araan berjadual dibatalkan petang semalam dan seharian hari ini. Perkhidmat­an kutipan sampah turut dihentikan, perkhidmat­an sewa basikal dan penjaduala­n semula perkhidmat­an rel.

Perkhidmat­an syarikat kedua terbesar Eva Airways terpaksa membatalka­n kira-kira 50 penerbanga­n pergi balik selepas 500 kru penerbanga­n tidak bertugas kerana taufan hingga menjejaska­n 30,000 penumpang.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ?? [ FOTO EPA ] ?? Tentera membantu penduduk berpindah di Taitung County, tenggara Taiwan, kelmarin.
[ FOTO EPA ] Tentera membantu penduduk berpindah di Taitung County, tenggara Taiwan, kelmarin.
 ??  ?? Kakitangan majlis perbandara­n membantu mengalih pokok yang menghempap kenderaan selepas kejadian ribut dan banjir di Taipei, semalam.
Kakitangan majlis perbandara­n membantu mengalih pokok yang menghempap kenderaan selepas kejadian ribut dan banjir di Taipei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia