Australia halang plot jatuhkan pesawat
galkan rancangan pengganas untuk menjatuhkan pesawat.
Katanya, kawalan keselamatan lebih ketat dikenakan di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa.
“Semua penumpang dimaklumkan agar tiba dua jam lebih awal untuk tujuan pemeriksaan,” katanya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan sama ada rancangan itu disasarkan kepada penerbangan domestik atau antarabangsa, tetapi Daily Telegraph Sydney melaporkan ia menyasar penerbangan tempatan.
Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia Andrew Colvin berkata, semua suspek yang ditahan dalam siri serbuan selu ruh Sydney semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan rancangan kumpulan radikal Islam.
“Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penguat kuasa undangundang menyedari ada maklumat mengatakan beberapa individu di Sydney merancang melakukan serangan ganas menggunakan IED,” katanya.
Polis ada maklumat
Katanya, polis belum mempunyai maklumat berhubung serangan, lokasi, tarikh atau masa kerana penyiasatan dijangka mengambil masa yang lama dan berlarutan.
Canberra menarik semula amaran berjagajaga pada September 2014 dan memperkenalkan undangundang keselamatan kebangsaan baharu ketika meningkatnya kebimbangan terhadap serangan individu yang dipengaruhi oleh organisasi seperti militan Daesh.
Sebelum pengumuman terbaharu itu, sejumlah 12 serangan dipatahkan sejak beberapa tahun yang lalu, sementara 70 orang lagi didakwa, kata Menteri Keadilan, Michael Keenan.
“Ancaman utama Australia masih tertumpu kepada pelaku bersendirian, tetapi masih ada kemungkinan untuk orang ramai merancang plot dan serangan canggih masih menjadi ancaman yang nyata,” katanya kepada pemberita semalam.
Perdana Menteri menambah bahawa rancangan yang dikatakan itu ‘lebih kepada kategori plot yang lebih rumit.’