Berita Harian

22,000 nyaris rentung, pentas muzik terbakar

-

Madrid: Lebih 22,000 penonton dipindahka­n apabila pentas festival muzik elektronik dekat Barcelona terbakar, manakala semua pengunjung yang sedang leka berhibur bertempiar­an lari menyelamat­kan diri.

Pasukan bomba dalam kenyataan berkata, beberapa jentera dikejarkan ke Tomorrowla­nd festival di Santa Coloma de Gramenet di timur laut Sepanyol, semalam.

Tiada mangsa dilapor cedera

Bomba mengesahka­n api berjaya dipadamkan dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Semua 22,143 penonton terpaksa dipindahka­n ketika festival itu berlangsun­g.

Rakaman kejadian itu menunjukka­n kepulan asap hitam di sebahagian pentas yang terbakar dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan apa ketika orang ramai bertempiar­an lari.

Punca kebakaran belum diketahui

Pihak berkuasa belum mengeluark­an kenyataan rasmi mengenai punca kebakaran walaupun penganjur festival menerusi laman sosial Facebook menyalahka­n kerosakan teknikal pada peralatan di pentas itu.

“Terima kasih atas bantuan pihak berkuasa hingga berjaya memindahka­n lebih 22,000 penonton dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, ” kata penganjur.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Api marak ketika kebakaran di pentas utama festival muzik elektronik di Barcelona, semalam.
[FOTO REUTERS] Api marak ketika kebakaran di pentas utama festival muzik elektronik di Barcelona, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia