Berita Harian

Alves bantu PSG raih gelaran sulung

-

Tangiers, Maghribi: Pemain baharu ditandatan­gani, Dani Alves memacu Paris Saintgerma­in (PSG) meraih gelaran sulung musim ini dengan menewaskan Monaco 2-1 pada pentas Trofi Juara-juara Perancis, semalam.

Ia adalah gelaran kelima berturut-turut buat gergasi Perancis itu pada saingan pembukaan musim liga Perancis sekali gus meletakkan mereka kini menyamai rekod kemenangan tujuh kali milik Lyon.

Perlawanan itu dijadikan sebagai misi membalas dendam buat kedua-dua kelab selepas PSG terlepas genggaman gelaran Ligue 1 kepada Monaco sebelum skuad kendalian Unai Emery bangkit memenangi kejuaraan Piala Liga dengan mengetepik­an musuhnya itu 4-1.

Sambil disaksikan kira-kira 45,000 penyokong di sini, aksi lebih dibayangi spekulasi mengaitkan perpindaha­n Neymar daripada Barcelona ke PSG dan penyerang muda Monaco, Kylian Mbappe ke Real Madrid.

Ikatan dua tahun

Malah, setiap kali Mbappe, 18, memegang bola, ia membawa kepada tepukan gemuruh penyokong dengan pembesar suara juga memberi kredit jaringan Djibril Sidibe pada minit ke-30 kepada sensasi muda itu.

Namun, Alves yang lebih mencuri tumpuan tatkala dia menjaringk­an gol penyamaan menerusi sepakan percuma pada minit ke-51 sebelum merancang kepada ledakan kemenangan Adrien Rabiot 12 minit kemudian.

Alves muncul pemain kedua ditandatan­gani gergasi Paris itu pada musim panas ini selepas menyertai PSG dengan ikatan dua tahun selepas enggan menyambung kontrak bersama Juventus.

Kelibat Mbappe masih berbahaya tetapi dengan penghijrah­an pemain seperti Bernardo Silva, Tiemoue Bakayoko, Benjamin Mendy dan Valere Germain menyebabka­n Monaco tampak kurang bermaya.

“Secara teorinya kami lebih rapuh tetapi saya percaya dengan kemasukan beberapa pemain remaja akan membantu kami,” kata pengendali Monaco, Leonardo Jardim.

Ia terbukti apabila Youri Tielemans, yang baru menyertai daripada Anderlect menjadi penggerak kepada jaringan pembukaan Sidibe dan sayap kiri baharu Terence Kongolo membantu pertahanan dengan baik bagi menyekat gerakan Thomas Meunier dan Alves.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia