Berita Harian

Ederson mampu bantu City sumbat banyak gol

-

London: Pep Guardiola berkata penjaga gol baharunya, Ederson akan membantu Manchester City menjaringk­an lebih banyak gol menerusi hantaran jauh.

City membayar Benfica 35 juta pound (RM196.87 juta) untuk mendapatka­nnya musim panas ini dan percaya bintang Brazil itu akan mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai penjaga gawang nombor satu selepas Claudio Bravo tampak bergelut di Etihad.

Pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kemampuan untuk menghantar bola di kedudukan bola mati melebihi jarak 90 meter ke kawasan lawan yang memberikan pemain City laluan baharu untuk menyerang.

Ederson menghantar bola kepada Sergio Aguero dari kawasan gawangnya ketika City menang 3-0 ke atas Tottenham, semalam namun penyerang Argentina itu gagal menyumbat gol.

“Dia mempunyai kualiti,” kata Guardiola yang menyedari bakat istimewa Ederson ketika Bayern Munich bertemu Benfica sebelum ini.

Cipta peluang

“Ketika sepakan bebas apabila pihak lawan melakukan tekanan tinggi, sukar untuk kami mempunyai peluang meletakkan bola ke kawasan penalti lawan dan sudah tentu kami akan memperoleh sedikit ruang di bahagian tengah.

“Sudah tentu juga dia akan mencipta peluang yang baik untuk Sergio menjaringk­an gol.”

Guardiola dalam pada itu menegaskan Bravo masih berpeluang untuk bermain secara kerap bersama City di sebalik kehadiran Ederson.

“Dia adalah penjaga gol kami, dia akan bersama kami, kembali cergas dan selepas itu saya akan putuskan,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

“Seperti musim lalu, kadang-kala saya menurunkan Willy dan kemudian Claudio dan kemudian mereka berganti-ganti. Saya akan melihat apa yang akan berlaku.”

Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia