Berita Harian

Pura-pura tak sihat

-

Bos Arsenal, Arsene Wenger mengulangi tekadnya untuk tidak melepaskan Alexis Sanchez sambil menolak dakwaan bintang Chile itu berpura-pura tidak sihat sebagai sebahagian ‘pelan’ untuknya keluar dari Emirates.

Sanchez memiliki baki kontrak setahun bersama The Gunners selepas enggan menandatan­gani kontrak baharu dan dipercayai bekas pemain Barcelona itu mahukan pasukan yang beraksi di Liga Juara-juara.

Manchester City, Paris SaintGerma­in, Bayern Munich dan Juventus masing-masing berminat mendapatka­n khidmat pemain berusia 28 tahun itu yang masih belum menyertai Arsenal bagi kempen pra musim selepas penampilan di Piala Konfederas­i.

Dia dijadual kembali ke Arsenal, semalam namun kepulangan­nya ditangguhk­an sekurangku­rangnya 48 jam selepas dijangkiti selsema dan mendedahka­nnya di laman sosial.

Hantar mesej

Sesetengah peminat Arsenal tampak bimbang perkembang­an terbaharu itu adalah sebahagian daripada perancanga­nnya untuk meninggalk­an Gunners namun Wenger menegaskan Sanchez tidak akan dijual.

“Tiada perkembang­an, sentiasa sama. Sudah tentu, dia akan kekal,” kata Wenger selepas pasukannya menang 5-2 ke atas Benfica pada perlawanan Piala Emirates, semalam.

Ketika ditanya adakah dia mengetahui Sanchez menangguhk­an kepulangan­nya ke England, Wenger enggan mengkritik pemainnya itu.

“Dia dijangkiti selsema. Dia hantar mesej kepada saya dan berkata dia akan kembali secepat yang mungkin. Kami sentiasa berhubung dengannya dan juga doktornya.

“Tugas anda adalah untuk merasa curiga, kerja anda dibina atas ketidakper­cayaan dan saya dibina atas kepercayaa­n, itulah sebabnya saya lebih menggemari kerja saya.

“Tiada sebarang masalah pada asasnya. Dia mungkin kembali esok namun dia akan berada di sini pada Selasa. Dia akan kembali secepat yang mungkin apabila dia boleh,” katanya.

 ??  ?? Sanchez masih miliki baki kontrak setahun bersama The Gunners tetapi enggan menandatan­gani kontrak baharu.
Sanchez masih miliki baki kontrak setahun bersama The Gunners tetapi enggan menandatan­gani kontrak baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia