Berita Harian

Skuad remaja pamer rentak emas

-

Kuala Lumpur: Kejayaan muncul naib juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia kelmarin memberikan suntikan terbaik terhadap persiapan skuad negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meskipun tewas kepada kuasa besar skuasy Mesir, pencapaian ke final itu sudah membawa makna yang besar selepas kali terakhir layak ke pentas itu pada lima edisi yang lalu iaitu pada 2007.

“Ia satu pencapaian yang baik sebab kita beberapa edisi sebelum ini tidak sampai ke peringkat akhir. Apapun kita masih tidak berjaya menembusi piramid Mesir yang ternyata lebih bagus daripada kita.

“Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu menjadikan ia sebagai cabaran tetapi bagaimanap­un saya tetap bangga dengan pencapaian skuad negara.

Dominasi emas

“Mereka menjalanka­n tanggungja­wab dengan cemerlang dan ia satu momentum yang baik untuk ke Sukan SEA kerana ada beberapa pemain ini akan mengibarka­n cabaran negara di sini nanti,” katanya semalam.

Kejayaan ke final itu pasti memberi pengalaman berharga kepada tiga pemain remaja negara, S Sivasangar­i, Andrea Lee dan Aifa Azman supaya lebih tenang pada Sukan SEA nanti.

Malaysia yang diletakkan sasaran mendominas­i tujuh daripada lapan emas yang ditawarkan di Pusat Skuasy Nasional akan mempertaru­hkan barisan pemain yang lebih muda kali ini.

Selain Datuk Nicol Ann David yang tidak akan beraksi, skuad yang diketuai Rachel Arnold dan Ng Eain Yow itu juga kehilangan khidmat pemain berpengala­man, Delia Arnold yang memilih untuk bersara pada Januari lalu.

“Kita harus akui tahap kita lebih bagus berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Atas sebab itu kita mahu menggondol semua pingat kecuali dalam acara jumbo kerana tidak mengambil bahagian.

“Dua tahun lalu ketika di Singapura, barisan pemain skuasy negara meraih empat emas dan dua perak dengan Singapura berjaya mencuri satu emas menerusi beregu lelaki,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia