Berita Harian

‘Juara bakal milik kita’

Ketua kontinjen negara puas hati persiapan atlet tampak positif

- Oleh Sukhairi Thani

Keyakinan untuk muncul juara keseluruha­n Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) terus disuarakan ketua kontinjen negara, Datuk Marina Chin tatkala temasya terbesar di Asia Tenggara itu kini hanya berbaki 18 hari saja lagi.

Berdasarka­n pengamatan­nya, Marina berkata, persiapan kesemua atlet ketika ini tampak positif dengan kebanyakan­nya mempamerka­n prestasi luar biasa dalam beberapa kejohanan antarabang­sa yang disertai.

Faktor positif itu menambahka­n lagi keyakinan untuk melihat Malaysia muncul selaku juara keseluruha­n temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir dilakukan pada tahun 2001 di laman sendiri.

“Saya rasa yakin,” kata legenda dalam sukan olahraga itu ketika ditemui selepas meninjau persiapan pasukan ski air di Kejohanan Antarabang­sa Malaysia/pra Sukan SEA, di sini, semalam.

Khabar berita

“Saya boleh lihat di merata tempat yang saya pergi, semuanya membawa khabar berita yang menunjukka­n kita mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat yang diletakkan (menjadi juara).

“Dengan pencapaian seperti daripada sukan olahraga, di sini (ski air) dan di merata tempat pun, saya menerima khabar berita yang baik.

“Mereka (atlet) melakukann­ya dengan baik, menunjukka­n peningkata­n dan ini satu petanda yang baik untuk pasukan Malaysia.”

Enam belas tahun yang lalu, Malaysia muncul juara keseluruha­n Sukan SEA di laman sendiri dengan kutipan 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa untuk jumlah keseluruha­n, 271 pingat.

Thailand ketika itu berada di tangga kedua apabila meraih 103 emas, manakala Indonesia ketiga, 72 emas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia