Berita Harian

Tugas dapat dilaksanak­an dengan mudah

- Oleh Sarah Aina Shawal sitisaraha­ina@outlook.com

Teknologi memainkan peranan penting dalam kegiatan seharian manusia. Berbagai-bagai alat dicipta untuk memudahkan tugas seperti mengangkat beban yang berat, memasak dengan pantas, bercakap dengan orang yang jauh atau membuat barang dalam jumlah yang banyak pada tempoh yang singkat.

Guru Sains Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Puan Hazarina Hasnan, berkata pada zaman moden sekarang, teknologi seperti itu sudah tidak dapat dipisahkan

Puan Hazarina Hasnan

Guru Sains SK Pengkalan Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. dengan aktiviti seharian manusia.

Kenderaan moden

Antaranya, beliau berkata, teknologi pengangkut­an seperti ciptaan pelbagai kenderaan untuk membawa barang atau manusia.

Katanya, kenderaan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain atau membawa barang atau manusia dengan lebih cepat.

Puan Hazarina berkata, kaedah pengangkut­an dahulu sangat berbeza daripada sekarang kerana manusia zaman dahulu memanfaatk­an sumber sekeliling seperti menggunaka­n kuda atau keldai sebagai pengangkut­an asas.

“Pada zaman moden seperti sebelum adanya kapal terbang, jemaah haji sebagai contoh menaiki kapal laut dengan teknologi arang batu untuk ke tanah suci dan perjalanan­nya mengambil masa berbulan-bulan.

“Sekarang sudah ada pelbagai kenderaan berteknolo­gi tinggi seperti jet dan kereta api laju,” katanya.

Teknologi pendidikan

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga berkembang pesat dengan terciptany­a komputer dan kemudian Internet.

Puan Hazarina berkata, ICT sebagai contoh membantu menjadikan bidang pendidikan lebih baik terutama membantu murid lebih mudah memahami topik yang sukar.

Antara lain, katanya, murid-murid diajar kemahiran menggunaka­n Microsoft Words dan Power Point untuk menyiapkan tugas dan membuat pembentang­an.

Guru-guru menggunaka­n media sosial seperti Youtube sebagai alat bantuan mengajar bagi memberi penjelasan yang lebih menarik”

 ??  ?? Teknologi pengangkut­an
memudahkan pergerakan seharian.
Teknologi pengangkut­an memudahkan pergerakan seharian.
 ??  ??
 ??  ?? Teknologi pendidikan dapat membantu pembelajar­an menjadi lebih mudah.
Teknologi pendidikan dapat membantu pembelajar­an menjadi lebih mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia