Berita Harian

Nuryn Batrishyia jadi contoh

Mahu menimba pengalaman sebelum ke sekolah menengah

- Oleh Sarah Aina Shawal

Nuryn Batrishyia Mohd Rafeez, 12 tahun, menyertai berbagai-bagai kegiatan di luar bilik darjah untuk sebagai contoh kepada adik-adiknya.

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu menyertai pasukan hoki sekolah, mengikuti program dalam Kelab Bahasa Inggeris dan kemuncakny­a, beliau dilantik sebagai Ketua Pengawas.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tentera Darat, Kuala Lumpur itu berkata, dia sentiasa berusaha melakukan yang terbaik sama ada dalam kegiatan kokurikulu­m atau akademik.

Mudah berbual-bual

“Pelbagai pertanding­an yang saya sertai banyak memberi pengalaman dan menjadikan lebih yakin untuk berjumpa dengan kawan-kawan baharu.

“Sebelum ini, saya seorang pelajar yang agak pemalu, tetapi sekarang mudah berbual-bual dengan sesiapa sahaja,” katanya kepada BH Didik, baru-baru ini.

Beliau berkata, ibu bapa dan guru-guru selalu memberi dorongan serta sokongan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Nuryn Batrishyia berkata, murid-murid hanya boleh mengetahui keupayaan diri dengan dengan melakukan perkara baharu.

Prinsip

Berpegang kepada prinsip itu, katanya, dia menyertai berbagai-bagai acara walaupun pada mulanya tidak mempunyai keyakinan diri.

“Dari situlah saya mula belajar berdikari serta mendisipli­nkan diri supaya pencapaian dalam bidang kokurikulu­m dan akademik seimbang,” katanya.

Nuryn Batrishyia berkata, dia mahu mencari pengetahua­n dalam banyak program untuk mendapat pengalaman sebelum menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

 ??  ?? Nuryn antara pelajar harapan sekolah menjadi inspirasi kepada murid lain.
Nuryn antara pelajar harapan sekolah menjadi inspirasi kepada murid lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia