Berita Harian

Pasukan kriket SK Telok Gong kian digeruni

Raih banyak kemenangan, terpilih bermain pada peringkat antarabang­sa

-

Pasukan kriket Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor pernah mendapat kedudukan tercorot ketika mula ditubuhkan pada tahun 2002.

Bagaimanap­un, latihan gigih dengan teknik yang betul membolehka­n pemainnya menguasai acara berkenaan hingga muncul juara JDP Cup Liga Silver State pada 2003.

Jurulatih kriket SK Telok Gong, Encik Affanizam Hamdan, berkata pada awal penubuhann­ya, pasukan berkenaan tiada jurulatih yang khusus tetapi tekad guruguru ketika itu terus gigih untuk kebaikan muridmurid.

Katanya, kemenangan demi kemenangan yang diraih menarik perhatian muridmurid Tahun Dua untuk sertai sama walaupun pada asalnya pasukan itu hanya untuk murid Tahun Empat sehingga Enam.

Pemain kebangsaan

Hingga sekarang, beliau berkata, pasukan itu tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan muridmurid memanfaatk­an kawasan lapang di sekolah untuk latihan.

“Pihak sekolah mendapat bantuan daripada Persatuan Kriket Melayu sejak 10 tahun lalu, selain menyediaka­n jurulatih bertauliah.

“Dari setahun ke setahun, pemain kami menunjukka­n peningkata­n apabila ada antara mereka terpilih bermain pada peringkat antarabang­sa dan mengikuti Projek Kriket Nasional sebaik sahaja tamat sekolah rendah,” katanya.

Juara

Encik Affanizam berkata, latihan gigih sepanjang tahun membolehka­n pasukan sekolah itu mencatat nama dalam setiap kejohanan seperti muncul juara Majlis Sukan Sekolahsek­olah Malaysia 2017 dan naib johan Kriket Elit Kebangsaan 2017.

Katanya, pasukan berkenaan juga sering mengadakan perlawanan persahabat­an untuk mengukur prestasi seperti perlawanan dalam

pada tahun 2007. Beliau berkata, pasukan sekolah memenangi perlawanan persahabat­an menentang Singapura pada tahun 2011 (bawah 12 tahun) dan tempat kedua menentang Australia (bawah 13 tahun) pada tahun 2012.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia