Berita Harian

‘Patuh atau henti operasi’

Kabinet arahkan buat pemeriksaa­n menyeluruh ke atas semua 941 pusat tahfiz di seluruh negara Jabatan Bomba dan Penyelamat tubuh pasukan petugas khas periksa, siapkan laporan dalam sebulan Bangunan pusat tahfiz yang tidak sesuai dijadikan penempatan pelaja

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azrone Sarabatin

Pusat tahfiz yang gagal mematuhi peraturan keselamata­n diberi tempoh untuk memperting­katkan aspek itu atau diarah menghentik­an operasi jika terus mengabaika­nnya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan tragedi menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kampung Datuk Keramat, di ibu negara minggu lalu, tidak berulang.

Katanya, Kabinet semalam memutuskan Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa semua pusat tahfiz di seluruh negara untuk memastikan keselamata­n pusat itu mencapai piawaian ditetapkan.

Tak boleh kompromi

“Ini semua berkait dengan soal keselamata­n anak kita yang berada di pusat berkenaan. Kita tidak boleh kompromi dengan perkara ini. Perkara ini lebih mendesak.

“Ia (isu keselamata­n pusat tahfiz) seperti bom jangka, tidak boleh dipandang ringan. Ini nyawa anakanak, bukan soal kuasa kerajaan negeri atau Persekutua­n sahaja.

“Ini soal kebajikan dan keselamata­n, nyawa anak-anak yang perlu kita pertahan dan jaga sebaik-baiknya. Ini soal masa depan,” katanya ketika berucap pada sambutan Maal Hijrah 1439 di Masjid Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalanny­a, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada majlis terbabit, Perdana Menteri turut menyampaik­an Tokoh Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan kepada bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87.

Tragedi terus hantui PM

Beliau menerima wang tunai RM100,000; pingat dan sijil penghargaa­n.

Najib berkata, tragedi terbaharu menimpa pusat tahfiz terus menghantui fikiran beliau dan mahu semua pihak bersama-sama mengatasi masalah berkaitan keruntuhan moral masyarakat yang semakin membimbang­kan.

Sementara itu, Najib berkata, kesatuan dan perpaduan adalah aset serta azimat untuk merencana strategi dalam membina negara bangsa berjati diri serta berjaya.

Katanya, dengan kesatuan, khususnya dalam kalangan umat Islam dan rakyat negara ini, Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan dan mencapai kemerdekaa­n.

Penyatuan dan permuafaka­tan juga katanya, bukan sahaja membawa rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, bahkan kini rancak merintis jalan kemakmuran menuju ambang negara maju dan berpendapa­tan tinggi.

 ??  ??
 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Najib menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Tokoh Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan kepada bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai sambil disaksikan Jamil Khir, Asyraf Wajdi dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri...
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Najib menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Tokoh Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan kepada bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai sambil disaksikan Jamil Khir, Asyraf Wajdi dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia