Berita Harian

TUN SAKARAN DANDAI TOKOH MAAL HIJRAH 1439

Majlis rai individu berbakti kepada umat Islam seluruh negara

- Kuala Lumpur

Sambutan Maal Hijrah 1439/2017 yang diraikan di seluruh negara semalam, diserikan dengan majlis penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada pelbagai individu yang banyak menyumbang jasa serta bakti kepada umat Islam negara ini.

Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 87, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000; pingat dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis sambutan peringkat Kebangsaan yang berlangsun­g di Masjid Wilayah Persekutua­n.

Sakaran dalam ucapannya, menyifatka­n anugerah itu sebagai pengiktira­fan bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Sabah dan anggota Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau yang juga Presiden USIA, berkata anugerah itu akan menjadi ikatan yang kuat dan menyemai bibit-bibit kasih sayang serta persaudara­an di antara rakyat Malaysia di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak dalam mengharung­i dunia serba mencabar ketika ini.

“Perpaduan adalah kunci utama untuk kita mencapai nikmat kehidupan bermasyara­kat dan bernegara sebagaiman­a yang dicontohi oleh Rasulullah SAW,” katanya. Profesor tokoh Maal Hijrah

Di Seremban: Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanakkanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Noor Aziah Mohd Awal, yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan, yang juga wanita pertama negeri itu menerima anugerah terbabit yang disampaika­n Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Turut berkenan mencemar duli pada majlis itu Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Di Kuantan, bekas Mufti Pahang, Datuk Sulaiman Ahmad, 67, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Pahang di atas sumbangann­ya menegakkan syiar Islam walaupun selepas bersara pada 1998. Anugerah disampaika­n Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Di Kuala Terengganu, bekas dekan Sekolah Pengajian Islam yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, (UNISZA), Jaafar Hassan, 81, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Terengganu.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ??
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH]
 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ??
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia