Berita Harian

TRIBUNAL ROHINGYA PUTUSKAN KERAJAAN MYANMAR BERSALAH LAKUKAN JENAYAH GENOSID, HAPUS ETNIK

Panel 7 hakim capai keputusan konsensus ada unsur genosid pada hari ketiga PPT

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan

Permanent People's Tribunal (PPT) semalam, memutuskan Kerajaan Myanmar didapati bersalah melakukan jenayah genosid terhadap etnik Rohingya.

Keputusan itu dibacakan Ketua Hakim, Daniel Feierstein, selepas tribunal itu menjalanka­n prosiding selama tiga hari di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) mulai 18 hingga 20 September lalu.

Katanya, keputusan itu dicapai secara konsensus oleh panel tujuh hakim selepas pendakwa raya membuktika­n Kerajaan Myanmar menyerang etnik Rohingya secara fizikal dengan niat untuk dihapuskan, selain turut menafikan kewujudan komuniti itu secara simbolik.

“Etnik Rohingya dihapuskan daripada struktur perundanga­n Kerajaan Myanmar, sekali gus tidak dibolehkan untuk diiktiraf sebagai rakyat negara itu. Malah, perkataan Rohingya dilarang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan etnik berkenaan.

“Tribunal mendapati fakta dipamerkan menepati unsur genosid mengikut Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selain mengenalpa­sti tiga daripada lima praktis konvensyen itu sudah dilaksanak­an terhadap komuniti Rohingya.

Tiga praktis

“Tiga praktis itu adalah pembunuhan ahli kumpulan (etnik Rohingya), menyebabka­n kecederaan serius terhadap anggota badan atau mental serta dengan sengaja mewujudkan syarat kehidupan tertentu bertujuan menghapusk­an fizikal kumpulan itu sebahagian atau keseluruha­nnya,” katanya ketika penghakima­n PPT berhubung dakwaan jenayah terhadap Rohingya, Kachin dan Muslim Myanmar di sini, semalam.

Tribunal turut memutuskan Kerajaan Myanmar didapati bersalah melaksanak­an jenayah perang dan kemanusiaa­n terhadap Rohingya, Kachin dan Muslim Myanmar.

Feierstein berkata, panel hakim turut bersetuju bahawa Kerajaan Myanmar berniat untuk melakukan genosid terhadap Kachin dan Muslim Myanmar, selain memberi amaran bahawa kedua-duanya berdepan genosid dalam masa terdekat jika keadaan semasa berterusan.

“Semua jenayah yang tidak dihukum ini sedang dilaksanak­an oleh tentera Burma serta rejim berkuasa di Myanmar dan ia dilihat bertujuan menidakkan autonomi Kachin, serta memusnahka­n etnik dan identiti budaya kumpulan minoriti di negara itu.

Nafi hak kemanusiaa­n

“Ia tidak boleh dianggap sebagai kesan proses peralihan dan demokrasi matang yang rumit seperti yang dimaklumka­n pada 19 September lalu, sebaliknya adalah penindasan rejim serta penafian hak kemanusiaa­n rakyat,” katanya.

Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid PBB diluluskan pada 1948 dan diratifika­si oleh Kerajaan Myanmar pada 1956, selain dimasukkan dalam Statut Rome bagi Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) pada 1998.

PPT berhubung jenayah kemanusiaa­n terhadap Rohingya, Kachin dan Muslim Myanmar, bermula di Internatio­nal State Crime Initiative, Queen Mary University of London pada 6 dan 7 Mac lalu, sebelum diteruskan di Universiti Malaya bermula Isnin.

Sepanjang prosiding, pihak pendakwa raya diketuai Doreen Chen mengemukak­an bukti menerusi beberapa saksi dalam kalangan etnik terbabit yang menjadi mangsa atau saksi kekejaman tentera Myanmar, selain testimoni beberapa aktivis dan pakar berkaitan.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Panel hakim mendengar prosiding PPT di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Panel hakim mendengar prosiding PPT di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Daniel Feierstein
Daniel Feierstein

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia