Berita Harian

Bomba selesai periksa lebih 300 pusat tahfiz

Tubuhkan Pasukan Petugas Khas di setiap negeri pastikan keselamata­n capai piawaian

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 300 pusat tahfiz di seluruh negara sejak kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kampung Datuk Keramat, di sini, yang mengorbank­an 23 nyawa pada 14 September lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata JBPM juga mewujudkan Pasukan Petugas Khas di setiap negeri bagi memastikan keselamata­n pusat tahfiz mencapai piawaian ditetapkan.

Beliau berkata, pasukan itu akan menyiapkan laporan hasil pemeriksaa­n 941 pusat tahfiz di seluruh negara, termasuk 329 yang tidak berdaftar, dalam tempoh sebulan.

Setakat ini, katanya, pelbagai kesalahan berkaitan aspek keselamata­n dikenal pasti dan JBPM memberi tempoh antara seminggu hingga sebulan kepada pengurusan tahfiz berkenaan sebelum pemeriksaa­n ulangan dibuat.

“Tempoh masa dan tindakan yang perlu diambil pihak pengurusan berbeza mengikut jenis kesalahan mereka kerana ada tindakan memerlukan khidmat kontraktor serta dana mencukupi.

Tindakan mahkamah

“Kegagalan mematuhi arahan dalam tempoh masa mengikut rundingan dan persetujua­n kedua-dua pihak itu akan menyebabka­n tindakan mahkamah untuk perintah tutup diambil.

“Bagaimanap­un bagi bangunan yang tidak sesuai untuk dijadikan penempatan pelajar, ia akan diarah tutup serta merta,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan Kabinet supaya JBPM memeriksa semua pusat tahfiz di seluruh negara untuk memastikan keselamata­n pusat itu dipertingk­atkan atau diarah menghentik­an operasi jika terus mengabaika­nnya.

Kabinet bersetuju dengan enam syor dikemukaka­n Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah Tahfiz termasuk meminda Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merangkumi aspek akademik, kurikulum dan keselamata­n.

Wan Mohd Nor berkata, antara keutamaan keselamata­n yang diberi perhatian adalah penempatan pelajar iaitu asrama, laluan keluar masuk keselamata­n, tangga kecemasan, bilangan pelajar yang sesuai dengan keluasan bilik, pemasangan jeriji tingkap dan alat pemadam api.

“JBPM tidak akan bertolak ansur lagi dengan mana-mana pihak pengurusan tahfiz kerana ia membabitka­n isu keselamata­n dan nyawa,” katanya.

JBPM tak akan bertolak ansur lagi kerana ia babitkan isu keselamata­n dan nyawa” Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan BH pada 16 September lalu.
Keratan BH pada 16 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia