Berita Harian

Langkah kita cetus reaksi dunia: PM

AS sumbang RM134 juta bantu etnik Rohingya

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azrone Sarabatin

Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah Malaysia membangkit­kan isu kemanusiaa­n membabitka­n masyarakat etnik Rohingya di Myanmar, kini mendapat reaksi dunia.

Malah, Perdana Menteri berkata, ketika pertemuann­ya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, beliau sudah menjelaska­n bahawa apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya adalah isu kemanusiaa­n.

“Hasilnya Kerajaan AS mengumumka­n sumbangan AS$32 juta (RM134 juta) untuk membantu masyarakat Rohingya di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Maal Hijrah 1439 di Masjid Wilayah Persekutua­n di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalanny­a, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Najib turut mengakui terguris hati kerana ada pemimpin pembangkan­g berbohong dan menuduh beliau tidak membangkit­kan isu Rohingya ketika bertemu Trump.

“Lihat sahaja kenyataan rasmi dikeluarka­n Rumah Putih mengenai isu itu, malah kita ada banyak saksi yang boleh mengesahka­n saya memang membawa isu berkenaan,” katanya.

Terus prihatin

Katanya, Malaysia juga akan terus prihatin dan berperanan aktif dalam isu kemanusiaa­n di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seagama di Palestin dan Rakhine, Myanmar.

“Malaysia akan terus memberi bantuan kemanusiaa­n kepada pelarian Rohingya, selain membawa isu ini hingga ke podium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Ia supaya kezaliman yang tidak berperikem­anusiaan ini dapat dihentikan segera,” katanya.

AS baru-baru ini bersetuju mengeluark­an kenyataan keras berhubung keganasan terhadap etnik Rohingya selepas diberi gambaran sebenar situasi krisis itu oleh Malaysia.

Trump dilaporkan mahu Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas dan segera menamatkan keganasan ke atas Muslim Rohingya di Myanmar.

Naib Presiden AS, Mike Pence, menyampaik­an pendirian Trump itu pada mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB dan mengisytih­arkan krisis itu sebagai ancaman kepada dunia.

Cari penyelesai­an akhiri krisis

Pada pertemuan di Rumah Putih minggu lalu, Najib dilaporkan berkata, beliau berjaya membangkit­kan kesedaran Trump berhubung krisis itu apabila mengarahka­n pegawai AS mengkaji bentuk bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa keganasan.

Pada pertemuan Najib dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May selepas itu, kedua-dua negara turut mencapai kata sepakat bahawa masyarakat antarabang­sa harus mencari penyelesai­an untuk mengakhiri krisis yang semakin meruncing itu.

Serentak itu, Perdana Menteri Britain turut mengesahka­n negaranya akan menghantar bantuan kemanusiaa­n kepada masyarakat Rohingya.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKILFI/BH] ?? Antara orang ramai yang hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKILFI/BH] Antara orang ramai yang hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia