Berita Harian

200 bantah penindasan, kekejaman Myanmar

-

Georgetown: Kira-kira 200 umat Islam terdiri daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Ridwaniah Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini, bagi membantah kekejaman serta penindasan Kerajaan Myanmar terhadap kaum minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Penyelaras Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Pulau Pinang, Shaiful Amin, berkata himpunan berkenaan diadakan selepas selesai solat Jumaat di masjid berkenaan di sini, semalam.

Bersatu kutuk kezaliman

Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menyatakan pendirian umat Islam Pulau Pinang yang tidak berkomprom­i terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya.

“Kita berharap umat Islam negara ini bersatu dengan pendirian sama, mengutuk kezaliman berkenaan di samping membantu menyalurka­n bantuan bagi membantu pelarian Rohingya yang ditempatka­n di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh.

“Tiga hari lalu, deligasi Bantuan Kemanusian MAPIM sudah meninjau kem pelarian yang menempatka­n 420,000 etnik Rohingya di Bangladesh dan keadaan di sana adalah daif serta serba kekurangan.

“Apa yang menyedihka­n, ada di antara pelarian yang makan rumput kerana tidak mempunyai sumber bekalan makanan mencukupi serta jatuh sakit,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, MAPIM akan menghantar pasukan bantuan ke kem berkenaan pada 26 September dan 9 Oktober ini bagi menyalurka­n bantuan terutama keperluan makanan termasuk beras serta ubat-ubatan.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Antara jemaah dan orang ramai di pekarangan Masjid Ridwaniyah, Sungai Batu di Bayan Lepas bagi memberi sokongan pada perhimpuna­n aman yang dianjurkan MAPIM Pulau Pinang, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Antara jemaah dan orang ramai di pekarangan Masjid Ridwaniyah, Sungai Batu di Bayan Lepas bagi memberi sokongan pada perhimpuna­n aman yang dianjurkan MAPIM Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia