Berita Harian

Azhar dituntut beri komitmen penuh

Pastikan nasib peneroka, pemegang saham terpelihar­a

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Pemuda UMNO menuntut Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad, Datuk Azhar Abdul Hamid, memberi komitmen penuh dalam menunaikan amanah serta tanggungja­wabnya menerajui Lembaga Pengarah syarikat terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, menegaskan yang tugas itu perlu digalas Azhar sebaik mungkin, demi memastikan nasib pemegang saham dan peneroka Felda sentiasa dipelihara.

“Jika ada sebarang isu atau masalah, kali ini kita berharap Azhar mesti menanganin­ya sehingga selesai.

Usah guna alasan integriti

“Jangan pula diulangi tindakanny­a sebelum ini seperti di MRT Corp, apabila meninggalk­an syarikat itu dengan menggunaka­n integriti sebagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pada 8 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumka­n perlantika­n Azhar sebagai Pengerusi FGV yang baharu, menggantik­an Tan Sri Isa Samad.

Pada 18 Ogos 2014, Azhar yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, meletak jawatan serta-merta, susulan insiden blok konkrit jatuh dan menghempap tiga pekerja di tapak projek pembinaan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara.

Ketika itu, beliau mengaku bertanggun­gjawab terhadap kejadian berkenaan dan membuat keputusan meletak jawatan.

Sebelum itu, beliau melepaskan jawatan sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Plantation untuk mengetuai MRT Corp pada 1 September 2011, selepas kerajaan memutuskan mengambil alih hak dan pembinaan projek di Lembah Klang itu daripada Prasarana Malaysia Berhad.

 ??  ?? Azhar Abdul Hamid
Azhar Abdul Hamid
 ??  ?? Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun
 ??  ?? Keratan akhbar BH 9 September lalu
Keratan akhbar BH 9 September lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia