Berita Harian

Ahli UMNO mesti pastikan parti menang PRU-14

-

Bera: Barisan Nasional (BN) terutamany­a UMNO perlu bekerja keras untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana pembangkan­g akan menggunaka­n pelbagai cara meraih undi termasuk menggunaka­n media sosial dan ceramah umumnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata UMNO mempunyai cara tersendiri mendekati rakyat tetapi ahli parti perlu berwaspada kerana pembangkan­g juga akan mengikut kaedah dan pendekatan sama.

“Beberapa pendekatan yang BN akan gunakan untuk menarik perhatian rakyat ternyata membuahkan kejayaan dalam pilihan raya lalu.

“Pendekatan yang signifikan juga menambah menguatkan lagi BN supaya bersiap sedia berdepan apa juga situasi pada pilihan raya nanti dan kita tidak terkejut jika pembangkan­g turut menggunaka­n kaedah sama,” katanya.

Ismail Sabri berkata, fokus yang perlu diberikan keutamaan oleh BN adalah permuafaka­tan bagi menggerakk­an jentera pilihan raya.

Usah fikir calon

“Sebagai contoh jika pertanding­an satu lawan satu, semua ahli parti komponen perlu berganding bahu memastikan kemenangan calon BN, malah jika berdepan pertanding­an tiga penjuru, ia adalah bonus kepada BN,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat dan kenduri kampung di Masjid Kampung Jelam, Durian Tawar di sini, semalam.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, semua ahli UMNO tidak perlu memikirkan pertanding­an calon yang bakal berlaku, sebaliknya sentiasa bersedia memastikan kemenangan pada PRU-14 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia