Berita Harian

Gabungan 3 bekas MB mantapkan BN

Pengalaman, idea patut digembleng rampas kembali Selangor

- Oleh Nazura Ngah

Idea dan pengalaman tiga bekas Menteri Besar (MB) Selangor yang pernah bertanggun­gjawab mencatur strategi jentera Barisan Nasional (BN) negeri wajar digembleng dalam mengatur persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tan Sri Abu Hassan Omar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Dr Mohamad Khir Toyo adalah individu dilihat ramai, masih mempunyai ‘taring’ dan ‘bisa’ selain pengaruh dalam kalangan pengundi khususnya di kawasan pernah diwakili mereka.

Penganalis­is politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ainul Adzellie Hasnul, berkata gabungan pengalaman, idea dan strategi tiga bekas Menteri Besar itu mampu mantapkan jentera BN kerana pernah memegang jawatan Pengerusi BN negeri.

Beliau yakin tenaga dan pemikiran mereka boleh digunakan untuk membantu jentera BN merampas kembali Selangor daripada pakatan PKR-DAP-PAS, apatah lagi dalam keadaan kemelut pembangkan­g yang berlaku dalam kerajaan negeri ketika ini.

“Ini peluang terbaik untuk BN Selangor menang PRU Ke-14. Ketiga-tiga tokoh ini boleh menjelajah seluruh negeri, menjelaska­n peranan BN dengan Muhammad boleh mendedahka­n kepincanga­n dalam pakatan pembangkan­g.

Masih ada penyokong

“Beliau (Muhammad) pernah menyatakan bahawa mesyuarat PKR tidak langsung membincang­kan agenda Melayu dan penjelasan beliau itu perlu diterangka­n kepada rakyat Selangor,” katanya.

Penganalis­is politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula yakin wujud impak kemunculan tiga individu itu dalam politik Selangor walaupun ia tidak kuat untuk membawa kemenangan kepada BN.

Beliau berkata, tokoh lama itu boleh menjadi pemimpin strategis yang membantu pemimpin muda memenangka­n semula Selangor.

“UMNO Selangor perlu penjenamaa­n semula yakni mengetenga­hkan pemimpin baharu untuk bertanding pada PRU-14.

“Kalau ada fresh look, akan nampak agenda baharu yang boleh diketengah UMNO/ BN kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata gandingan tiga bekas Menteri Besar itu mampu memberi impak kepada kekuatan jentera BN khususnya UMNO Selangor kerana masing-masing ada pengikut dan berjasa kepada rakyat negeri berkenaan.

Katanya, mereka perlu turun padang bertemu rakyat, khususnya Muhammad bagi memperjela­skan tindakanny­a keluar UMNO dan bersama PAS, kemudian PKR selama lima tahun sebelum kembali ke pangkuan UMNO.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia