Berita Harian

Cubaan provokasi umat Islam

Masyarakat diminta tidak terpedaya momokan di media sosial

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azrone Sarabatin

Pesta gay yang dirancang untuk dianjurkan di ibu kota pada 30 September ini, kemungkina­n cubaan pihak tertentu melakukan provokasi untuk membangkit­kan kemarahan masyarakat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata penganjura­n pesta itu sengaja disebarkan menerusi media sosial dan sehingga kini tiada permohonan permit penganjura­n diterima daripada pihak polis.

Katanya, penyebaran penganjura­n pesta berkenaan hanya ‘momokan’ (bayangan perasaan yang menghantui atau menakutkan) yang nakal kerana mereka mahu lihat sensitivit­i masyarakat Islam.

“Saya harap masyarakat Islam tidak terpedaya dengan permainan mereka kerana sehingga kini tiada masa dan tempat dinyatakan.

“Jangan buang masa memikirkan perkara yang sia-sia dan biarkan pihak berkuasa menjalanka­n kerja mereka.

Ditolak semua agama

“Sebenarnya pesta gay bukan sahaja ditolak umat Islam, malah saya difahamkan ia bercanggah amalan kemanusiaa­n agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha,” katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Kelmarin, sebuah laman portal melaporkan, acara gay berkenaan dianjurkan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang White Party Bangkok di Thailand yang akan berlangsun­g selama tiga hari bermula 28 Disember ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sudah mengarahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengharamk­an acara gay, yang dikatakan akan diadakan di ibu kota hujung bulan ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sudah menerima laporan daripada Bukit Aman berhubung penganjura­n acara dikenali sebagai White Party, yang bakal berlangsun­g di Kuala Lumpur.

White Party Bangkok mendakwa acaranya sebagai festival gay tahunan terbesar di Asia, yang berlangsun­g di ibu negara Thailand menjelang tahun baharu

Sebenarnya pesta gay bukan saja ditolak umat Islam, malah saya difahamkan ia bercanggah amalan kemanusiaa­n agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha” Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia