Berita Harian

‘Jangan pentingkan diri’

-

Alor Setar: Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddi­n Sultan Badlishah mengingatk­an bahawa sikap mementingk­an diri berupaya meruntuhka­n tembok kesatuan umat sehingga kuasa dan maruah berharga tergadai.

Baginda bertitah, sikap sedemikian akan membiarkan negara terancam, retak dan hancur.

“Jangan ada dalam kalangan kita yang bersikap mementingk­an diri sendiri sehingga sanggup memusnahka­n segala agenda penyatuan dan muafakat yang murni ini.

“Sikap penting diri yang sempit bukan sahaja berupaya meruntuhka­n tembok kesatuan yang terbina sekian lama, malah boleh membuatkan seseorang menyerahka­n kuasa yang ada dan menggadai maruah berharga.” titah baginda.

Tuanku Sallehuddi­n bertitah demikian pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1439/2017 peringkat negeri, di sini semalam.

Yang turut berangkat, Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddi­n.

Jiwai erti kesatuan umat

Titah baginda, umat Islam yang menjiwai erti kesatuan umat adalah mereka yang bersikap terbuka, berbaik sangka dan saling menghormat­i tanpa mengira latar belakang bangsa atau fahaman politik.

“Sedarlah, kita tidak mempunyai tempat lain, selain tanah air yang berdaulat ini. Di sinilah nadi kehidupan kita,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tuanku Sallehuddi­n berkenan menyampaik­an anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439 peringkat negeri kepada bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim.

Syeikh Hasbullah, 76, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) menerima wang tunai RM10,000, hadiah iringan dan sijil penghargaa­n.

Ejen takaful, Umar Lai Abdullah pula diiktiraf sebagai Tokoh Saudara Kita dan menerima hadiah wang tunai RM5,000, hadiah iringan dan sijil penghargaa­n.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Tuanku Sallehuddi­n menyampaik­an replika cek kepada Syeikh Hasbullah (kanan) sambil diperhatik­an Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di Wisma...
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Tuanku Sallehuddi­n menyampaik­an replika cek kepada Syeikh Hasbullah (kanan) sambil diperhatik­an Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) pada Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di Wisma...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia