Berita Harian

Penduduk mahu projek lencongan disegeraka­n

-

Kangar: Projek Lencongan Banjir Barat yang belum siap, didakwa penyebab banjir kilat di kawasan yang tidak pernah mengalami bencana itu sebelum ini di Perlis.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Tebing Tinggi di sini, iaitu bahagian terakhir projek berkenaan yang menghubung­kan Tebing Tinggi ke Bukit Wai.

Status terkini yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis sehingga jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 277 keluarga terjejas di seluruh negeri, membabitka­n 1,008 mangsa dengan sebahagian besar mangsa dari kawasan Tebing Tinggi.

Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddi­n Ismail, berkata kelewatan projek itu siap dari tarikh yang ditetapkan menyebabka­n setiap kali hujan lebat melanda Perlis, kawasan berkenaan akan dinaiki air.

“Kelewatan projek ini menyebabka­n air tidak dapat mengalir ke laut dan ianya akan bertakung di sini hingga terjadinya banjir yang teruk. Sebelum projek ini dijalankan kawasan ini tidak pernah mengalami banjir seperti ini.

“Saya memohon kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kontraktor yang terbabit menyegerak­an projek ini secepat mungkin. Jika tidak boleh diselesaik­an tamatkan sahaja kontraktor ini,” katanya ketika ditemui di Tebing Tinggi, di sini semalam.

Siapkan projek segera

Sementara itu, penduduk Tebing Tinggi yang dipindahka­n ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong ketika ditemui BH merayu kepada pihak bertanggun­gjawab supaya menyiapkan segera projek berkenaan.

Mahidah Ismail, 40, berkata sebelum ini rumahnya tidak pernah dinaiki air walaupun hujan lebat seperti kebelakang­an ini.

“Sejak projek ini dibina, setiap kali hujan lebat, sudah pasti air masuk ke dalam rumah, jika sebelum ini paras betis sekarang ini sampai ke paras pinggang,” katanya.

Pandangan itu disetujui jirannya, Norhidah Mohmad, 56, yang mahu segera disiapkan kerana sudah letih berhadapan dengan banjir kilat seperti ini.

Projek bermasalah

Media sebelum ini melaporkan projek yang sepatutnya siap pada tahun lalu itu mengalami masalah teknikal di Bukit Wai hingga menyebabka­n terlewat dari tarikh yang ditetapkan.

Projek lencongan sepanjang tiga kilometer (km) sudah siap hampir 80 peratus, di mana bahagian Tebing Tinggi ke Bukit Wai sahaja yang masih belum siap.

Keadaan fizikal bukit yang sukar dipecah untuk membuat sambungan laluan air terus ke kawasan laut menyebabka­n ia lewat untuk disiapkan.

 ?? [FOTO HAFIZUDIN MOHD SAFAR/BH] ?? Jalan utama ke Kampung Repoh ditenggela­mi air berikutan hujan lebat dua hari lalu di Perlis.
[FOTO HAFIZUDIN MOHD SAFAR/BH] Jalan utama ke Kampung Repoh ditenggela­mi air berikutan hujan lebat dua hari lalu di Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia