Berita Harian

SPRM bertindak profesiona­l

Agensi siasat menyeluruh berdasarka­n bukti kukuh, bukan bersifat politik

- Oleh Fitri Nizam

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesiona­l dalam mengambil tindakan terhadap pihak kerajaan atau pembangkan­g tanpa babitkan kecenderun­gan politik.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata penahanan dilakukan SPRM bertujuan menjalanka­n siasatan berdasarka­n asas kukuh dan bukan bersifat politik.

Beliau turut membidas tindakan seorang Ahli Parlimen pembangkan­g mengeluark­an kenyataan disifatkan pembelaan di media susulan tangkapan kelmarin.

“Orang ramai sentiasa meminta SPRM bertindak profesiona­l dalam semua isu, namun seperti kes di Selangor semalam (kelmarin) dan kes di Pulau Pinang, kita baru siasat tetapi mereka (pembangkan­g) sudah buat ‘pembelaan’ di media.

“Beri peluang SPRM siasat. Jika kita ada keterangan mencukupi, pasti kita cadangkan untuk dakwaan, namun jika sebaliknya, kita tidak teruskan tindakan,” katanya selepas Majlis Kembara Jelajah Antirasuah di Teluk Ketapang, di sini, semalam. Yang turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Tidak pilih bulu

Kelmarin, SPRM menahan tiga individu iaitu setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada seorang Ahli Parlimen dari Selangor atas dakwaan rasuah.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bersikap ‘pilih bulu’ dalam tindakan diambil selama ini, malah ahli politik dalam kalangan pihak kerajaan tidak terkecuali disiasat pihaknya.

“Jika ada pihak mendakwa SPRM bertindak memilih bulu, kita perlu ingat bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, seorang EXCO kerajaan negeri Johor dan pegawai kerajaan negeri di Melaka tidak terkecuali daripada disiasat berdasarka­n maklumat diperoleh,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Razif mewajibkan seluruh kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk menyertai Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH).

“Saya sudah mendaftar sebagai sahabat GERAH. Saya mewajibkan semua kakitangan awam, GLC dan JKKK di negeri ini menyertain­ya bagi menunjukka­n sokongan kepada SPRM,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Ahmad Razif (tiga dari kiri) dan Dzulkifli cuba membuat keropok selepas merasmikan Majlis Kembara Jelajah Antirasuah di Teluk Ketapang, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Ahmad Razif (tiga dari kiri) dan Dzulkifli cuba membuat keropok selepas merasmikan Majlis Kembara Jelajah Antirasuah di Teluk Ketapang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia