Berita Harian

Setiausaha politik, kakitangan Ahli Parlimen kena reman

-

Kuala Lumpur: Tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen termasuk setiausaha politiknya yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah, direman empat hari sehingga Isnin ini.

Permohonan reman dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Tiga suspek terbabit kemudian dibawa keluar dari IPD Dang Wangi dikawal enam pegawai SPRM, pada jam 12.08 tengah hari.

Mereka sebelum ini diletakkan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang dan lokap IPD Dang Wangi sementara menunggu perintah reman.

Isu imigresen

Siasatan kes yang ada kaitan rasuah bagi menyelesai­kan isu imigresen, dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(a)akta SPRM 2009.

Sementara itu, peguam ketigatiga suspek, Eric Paulsen memberitah­u media, SPRM turut menahan seorang lagi individu lain berhubung kes sama.

Semalam, BH melaporkan SPRM menahan tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? SPRM membawa keluar seorang setiausaha politik Ahli Parlimen bersama tiga individu lagi dari Balai Polis Dang Wangi, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] SPRM membawa keluar seorang setiausaha politik Ahli Parlimen bersama tiga individu lagi dari Balai Polis Dang Wangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia