Berita Harian

Tiga termasuk Datuk dibebas kes seleweng RM40 juta

-

Putrajaya: Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk, yang direman bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana hampir RM40 juta yang disalurkan kepada sebuah badan berkanun bagi tujuan pembanguna­n kemahiran, dibebaskan semalam.

Ikat jamin RM100,000

Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor membenarka­n Datuk berusia 58 tahun yang juga ketua eksekutif badan berkanun berkanun dan setiausaha perbadanan itu berusia 34 tahun, dibebaskan dengan jaminan RM100,000 setiap seorang.

Seorang lagi individu berusia 38 tahun yang juga pengarah sebuah syarikat turut dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM28,000.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, antara jam 4.30 petang hingga 6 petang pada 13 September lalu dalam operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang lagi berusia 32 tahun yang ditahan bersama mereka pada hari berkenaan ialah penolong pegawai kewangan badan berkanun itu yang sudah dibebaskan kelmarin. Sebelum ini, mereka direman enam hari bermula 14 September lalu membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, siasatan awal SPRM mengesyaki sebanyak RM15 juta dana badan berkanun itu diseleweng tahun lalu, manakala RM25 juta lagi pada tahun ini.

Tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan RM40 juta kepada perbadanan berkenaan bagi mengendali­kan program latihan, manakala pada tahun lalu RM35 juta diperuntuk­kan.

Dana itu untuk mengendali­kan program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia