Berita Harian

SL1M sedia peluang OKU, Orang Asli jadi usahawan

Program Zon Barat galak penyertaan golongan istimewa

- Oleh Haryani Ngah

Selain graduan, Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) turut membuka ruang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan Orang Asli memajukan diri dengan menyertai pelbagai peluang keusahawan­an.

Berikutan itu, Program Temu Duga Terbuka SL1M dan Festival Keusahawan­an Industri Asas Tani Zon Barat 2017 yang berlangsun­g dua hari bermula hari ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menyediaka­n banyak peluang untuk golongan istimewa ini.

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail, berkata Zon Barat adalah siri jelajah terakhir SL1M 2017 dan berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merebut tawaran pekerjaan disediakan.

“Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dan latihan disediakan untuk pencari kerja pada sesi temu duga kali ini.

“Pada program kali ini, SL1M buat kali pertama menampilka­n usahawan dalam kalangan OKU dan Orang Asli bertujuan memberi peluang kepada golongan ini terbabit dalam bidang keusahawan­an.

Rebut peluang disediakan

“Kita berharap golongan istimewa ini hadir merebut peluang yang disediakan,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Program SL1M Zon Barat akan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan.

Norashikin berkata, bagi menaikkan semangat golongan OKU, SL1M turut membawa seorang mekanik buta yang mampu membaiki motosikal dengan baik, walaupun tidak dapat melihat untuk membuat demonstras­i kepada orang ramai.

Beliau berkata, sebagai pembakar semangat, Caliphs Busker juga akan tampil menghiburk­an pengunjung dan berkongsi kepayahan mereka sebagai OKU dalam bidang pekerjaan sebelum menjadi artis terkenal.

Katanya, selain Caliphs Busker, pengunjung akan dihiburkan oleh Faizal Tahir, Hazama, Kumpulan Zero, Usop Mentor dan Farish Aziz, manakala Datuk Kazim Alias pula akan tampil menyampaik­an ceramah agama kepada pengunjung.

“Banyak aktiviti menarik disediakan termasuk ceramah kerjaya, klinik resume dan hadiah cabutan bertuah.

“Kita turut mengadakan Karnival My Best FAMA, pelbagai jualan produk, trak makanan dan pameran daripada OKU serta Orang Asli.

“Bagi kemudahan orang ramai, pengangkut­an awam percuma disediakan di stesen bas dan KTM di Tanjung Malim,” katanya.

Pada program kali ini, SL1M buat kali pertama menampilka­n usahawan dalam kalangan OKU dan Orang Asli bertujuan memberi peluang kepada golongan ini terbabit dalam bidang keusahawan­an” Norashikin Ismail, Ketua Sekretaria­t SL1M

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia