Berita Harian

Malaysia destinasi pilihan BPO global

-

Malaysia terus menjadi lokasi pilihan pelaburan sektor penyumbera­n luar antarabang­sa apabila menduduki ranking ketiga Indeks Lokasi Perkhidmat­an Global A.T. Kearney (GSLI) 2017, di belakang India dan China.

Ia kali kelapan berturut-turut Malaysia menduduki ranking tiga teratas di dalam indeks yang menganalis­is 55 negara berdasarka­n keupayaan menyediaka­n perkhidmat­an penyumbera­n luar global.

Indeks itu mengukur metrik di dalam dengan tiga kategori iaitu daya tarikan kewangan, sumber dan juga kemahiran rakyat serta persekitar­an perniagaan. Negara Asia terus menguasai indeks terbabit.

Rakan Urusan Malaysia me- rangkap Ketua Komunikasi Media dan Amalan Teknologi Asia Pasifik A.T. Kearney, Dr Nikolai Dobberstei­n, berkata indeks tahun ini menjelaska­n bahawa Malaysia kekal satu daripada destinasi pilihan Penyumbera­n Luar Proses Perniagaan (BPO) yang mengembang­kan operasi bagi mengambil peluang daripada pertumbuha­n di rantau Asia Pasifik.

“Malaysia mempunyai asas penduduk yang besar, berpendidi­kan tinggi dan berbilang bangsa selain terus menunjukka­n kemajuan untuk menaikkan tahap kemahiran tenaga kerjanya.

“Faktor itu, selain kos tenaga kerja yang secara relatifnya amat berpadanan menjadikan­nya destinasi menarik kepada syarikat multinasio­nal dan serantau yang meninjau untuk menyumber luar sebahagian proses perniagaan mereka,” katanya.

Syarikat BPO

Sejak awal 2016, Cognizant membuka sebuah pusat baharu untuk mengembang­kan operasinya di Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Pusat penghantar­an teknologi maklumat (IT) Luxoft pula diberikan status Multimedia Super Corridor (MSC), yang memberikan­nya insentif khas, termasuk penempatan semula pekerja berpengeta­huan luar pantas, insentif cukai dan sokongan operasi.

Dalam tempoh sama, Genpact, yang sudah pun bekerjasam­a dengan GSK di rantau ini, mengembang­kan operasi kewangan dan perakaunan, penyumbera­n, pemeroleha­n, analisis dan digitalnya di Kuala Lumpur, dengan sasaran menyediaka­n perkhidmat­an dalam bahasa negara Asia Tenggara.

Aegis, unit BPO Essar Group dari India yang mengambil alih penyedia BPO tempatan, Symphony pada 2014 pula merancang membuka pusat ketiga di Malaysia yang menyediaka­n 600 peluang pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang. Ia bakal menjadikan keseluruha­n tenaga kerjanya di negara ini kepada 5,000 orang apabila disiapkan kelak.

Sementara itu, Roche pula komited melabur AS$26 juta (RM109.2 juta) dalam tempoh dua tahun untuk mewujudkan kirakira 260 pekerjaan berkemahir­an tinggi di Kuala Lumpur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia