Berita Harian

IOSCO tingkat usaha bangun kewangan mapan

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh mempengeru­sikan mesyuarat dan persidanga­n tahunan Jawatankua­sa Pasaran Pertumbuha­n dan Pesat Membangun (GEM) IOSCO di Colombo, Sri Lanka, minggu ini.

Acara itu diikuti mesyuarat Jawatankua­sa Serantau Asia Pasifik IOSCO, yang dihoskan oleh Securities and Exchange Commission Sri Lanka.

Acara dua hari itu menarik lebih 300 peserta dari 50 bidang kuasa dan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremasi­nghe menyampaik­an ucaptama pada persidanga­n itu.

Jawatankua­sa GEM adalah jawatankua­sa terbesar IOSCO, yang mewakili 107 anggota dan kira-kira 80 peratus keanggotaa­n IOSCO, termasuk 11 anggota G20.

IOSCO adalah penetap standard global terkemuka bagi pengawal seliaan sekuriti dan keanggotaa­n organisasi ini mengawal selia lebih 95 peratus daripada pasaran sekuriti dunia di lebih 115 negara.

Tingkat pembiayaan

Peserta membincang­kan pelbagai langkah bagi menangani cabaran dalam usaha untuk meningkatk­an pembiayaan berasaskan pasaran yang mapan, termasuk peranan penggubal dasar, pengawal selia dan peserta industri dalam mempromosi penyelesai­an kewangan hijau dalam pasaran pesat membangun.

Peranan Institusi Kewangan Antarabang­sa dalam menyokong pasaran modal mapan juga turut dikaji semula.

Ranjit yang juga Naib Pengerusi Lembaga IOSCO berkata, pengawal selia pasaran pesat membangun bersetuju untuk meningkatk­an pembanguna­n kewangan mapan, termasuk penubuhan satu Pasukan Petugas mengenai kewangan mampan.

“Usaha ini juga adalah sejajar dengan usaha SC untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju pusat kewangan Islam dan cadangan nilainya sebagai pusat kewangan mampan, dengan penerbitan sukuk hijau pertama di dunia baru-baru ini di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI) SC,” katanya.

 ??  ?? Ranjit Ajit Singh
Ranjit Ajit Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia