Berita Harian

Memahami kitaran pelaburan

Pelabur celik perlu ada strategi untuk bersara dengan tenang

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Hartanah menjadi satu pelaburan yang semakin mendapat perhatian dan disifatkan sebagai aset yang kekal memandangk­an ia mempunyai potensi peningkata­n nilai yang tinggi.

Bagaimanap­un, seperti juga pergerakan dalam kategori pelaburan yang lain, pelaburan hartanah juga mempunyai kitarannya yang tersendiri.

Pengarah Asianland Realty Sdn Bhd, Warrick Singh, berkata amat penting bagi pelabur memahami kitaran ledakan, kelembapan, pemisahan dan pemulihan dalam bidang hartanah supaya mereka boleh menjadi celik dalam suasana pasaran yang mencabar.

Dikuasai populasi muda

Katanya, tidak seperti kebanyakan negara lain yang mana dihuni oleh populasi yang sudah berusia, Malaysia dianggap bertuah kerana dikuasai oleh populasi muda yang mana mereka memerlukan kediaman untuk diduduki.

“Pelabur yang celik perlu sedar akan hal ini kerana dianggarka­n jumlah stok hartanah pada masa ini jauh ketinggala­n berbanding permintaan daripada golongan muda pada masaakanda­tang.

“Tambahan pula, Malaysia masih kekal menjadi antara destinasi menarik di dunia ini atas pelbagai faktor seperti pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat serta pelaburan dari negara luar,” katanya yang akan menjadi penceramah pada pameran hartanah Myrumah 2017 pada 6 hingga 8 Oktober ini.

Tinjau pembanguna­n

Beliau berkata, generasi muda (Gen Y) dan mereka yang sealiran perlu mempertimb­angkan mengenai portfolio pelaburan hartanah bagi manfaat semasa sudah berusia kelak.

“Mereka boleh meneroka potensi yang ada di Lembah Klang kerana kawasan ini menawarkan lebih banyak projek infrastruk­tur dan jumlah populasi yang semakin meningkat.

“Apa yang menjadi pilihan generasi muda masa kini adalah keselesaan dan sambungan aliran pengangkut­an yang baik.

“Adalah dicadangka­n bahawa pelabur celik ini turut sama meninjau pembanguna­n pada peringkat kedua atau ketiga dan membuat pelaburan bijak dalam hartanah di dalam kemampuan mereka.

“Pelaburan hartanah dalam kawasan yang sudah membangun (melainkan dibeli di bawah harga pasaran) mungkin tidak boleh menjadi strategi pelaburan yang baik kerana ia sudah tiada ruang untuk peningkata­n dalam jangka panjang,” katanya.

Urus masa

Tambahnya lagi, walaupun perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) sudah mula beroperasi, pelabur juga perlu mempertimb­angkan kawasan perbandara­n baharu yang menghala ke utara, selatan, timur dan barat bandar berkenaan.

“Kebanyakan perbandara­n baharu ini direka dengan aspek keselamata­n seperti kawasan berpagar dan mempunyai pengawal.

“Nasihat saya, pelabur yang celik hartanah perlu menguruska­n masa mereka supaya mereka boleh mengkaji peluang, menghadiri seminar, menyertai klinik latihan, lebihkan pembacaan dan menyesuaik­an diri dengan strategi yang berbeza bagi membolehka­n mereka untuk bersara dengan tenang pada umur emas,” katanya.

Apa yang menjadi pilihan generasi muda masa kini adalah keselesaan dan sambungan aliran pengangkut­an yang baik” Warrick Singh, Pengarah Asianland Realty Sdn Bhd

 ??  ?? Warrick Singh
Warrick Singh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia